Connect with us

Berita

Isu Maher Zain

Diterbitkan

pada

Oleh: Akhi Fairuz Al-Jengkari, Pengasas Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM-FC) www.tafsir-sipenulis.blogspot.com

Sana sini bercerita perihal Maher Zain. Walhal yang sering dipromosi di corong-corong radio dan paparan televisyen konsert Adam Lambert American Idol di Malaysia. Inilah dia penangan Maher Zain. Atau lebih tepat lagi FENOMENA MAHER ZAIN!

Namun kehadiran Maher Zain ke Malaysia diselit perlbagai kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku. Bermula dari tempahan tiket, promosi yang kurang di media massa, masalah pembayaran tiket secara online, pemiant sudah temph tiket, tetapi tidak ada dalam senarai yang menempah, gosip panas dari Normah Becok di akhbar Berita Harian sehinggalah peminat yang berang diperdaya oleh pihak Rock Corner, The Curve semalam.

Kesemua permasalahan ini akhirnya diletakkan di bahu penganjur yang membawa Maher Zain ke Malaysia. Siapa lagi, kalau bukan Raudhatus Sakinah (RS), hingga mereka menjadi ‘punch bag’ peminat Maher Zain melampiaskan kemarahan. Secara peribadi, saya juga kurang berpuas hati dengan pengurusan mereka.

Tetapi saya sabar, dan mengharapkan kalian juga bersabar. Inshaallah, we’ll find the way. Jika kalian tahu kisah di sebalik tabir bagaimana Maher Zain berjaya dibawa ke Malaysia, pasti kalian akan berterima kasih yang tidak terhingga kepada Raudhatus Sakinah.

Seriously, kedatanga Maher Zain ke sini bulan Oktober telah dibatalkan awal-awalnya, kerana tiada siapa yang yakin mampu membuat kerja ini dalam tempoh sebulan (Konsert, Meet The Fans, Promosi dll). Biasanya memakan masa 6 bulan atau sekurang-kurangnya 3 bulan. Namun pihak Raudhatus Sakinah telah bersedia menerima risiko untuk meneruskan usaha ini. Kebetulan pula waktu itu nak raya. Untuk makluman kalian, mereka ini terpaksa cuti beraya sekejap, dan mengabaikan rumah terbuka yang ada, semata-mata untuk persedian menyambut Maher Zain.

Bilamana saya mendapat tahu akan perkara ini, saya jadi sedih. Dan saya juga percaya pihak Raudhatus Sakinah lagi sedih apabila semua orang menyalahkan mereka. Cuba kita tukar sikap kita daripada sentiasa menyalahkan orang dan menginginkan yang terbaik untuk kita dapat kepada menghargai usaha orang lain untuk kita walaupun ia tidak seberapa.

Meet The Fan juga di uruskan untuk memberi ruang kepada peminat bertemu dan melihat Maher Zain, khususnya bagi yang tidak berpeluang ke Showcase 14 dan 15 Oktober 2010. Dan lumrah towkey kedai yang menjadi hos venue meet the fan, mestilah mahu berniaga. Sekiranya penganjur buat di concourse area, Mall akan mengenakan rentall fee yang mahal. Lagipun, Maher Zain di bawa ke Malaysia oleh pihak Raudhatus Sakinah bukan semata-mata untuk keuntngan, tetapi untuk charity. Lainlah mereka ada sponsor syarikat besar-besar yang memiliki aset berbilion ringgit. Mudah-mudah je buat di Concourse Area.

Sekiranya peminat tidak tahu menghargai usaha dan kerja berhempas pulas penganjur untuk membawa Maher Zain kepada mereka, bila-bila masa juga mereka boleh membatalkan mana-mana Meet The Fan bersama Maher Zain, kerana mereka sendiri (pihak penganjur) yang membayar tiket dan fee Maher Zain ke Malaysia.

Akhirnya saya berharap, cukup-cukuplah menyalahkan mereka. Berilah mereka sedikit puji-pujian dan sokongan serta penghargaan, walaubagaimana lemah pun pengurusan mereka. Kena kena ingat, mereka jugalah yang berjaya membawa Maher Zain untuk kita semua. Inteam Record dan My Event pun menumpang mereka menjadi rakan penganjur.

Ayuh kita cari titik pertemuan dan usahama antara kita dan mereka. Janganlah lagi kita bermusuh dengan Raudhatus Sakinah. Berilah ruang dan peluang kepada Raudhatus Sakinah. Inshaallah, we’ll find the way.

Nota : Entri kali ini saya tujukan khas untuk Raudhatus Sakinah, En Adzhar, Inteam Record, My Event dan kesemua fan MZM-FC. Jika kalian merima rungutan lagi dari mana-mana Fan Maher Zain, sila share artikel ini dengan mereka. Biarlah kita belajar menghargai pemberian orang lain walau ada cacat-celanya..:)

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Rasa tenang dengar nasyid versi ni…” – Peminat Puji Lagu Selawat Badar, Mestica Feat Pawana

Diterbitkan

pada

Mestica Pawana - Selawat Badar

Kumpulan nasyid Mestica kembali dengan sebuah karya yang membawa pendengar mengimbau keindahan alunan selawat klasik menerusi lagu Selawat Badar.

Kali ini, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Pawana, yang menyumbangkan kepakaran dalam permainan alat perkusi bagi menghidupkan semula suasana nasyid tradisional kontemporari yang popular sejak era 80-an.

Di bawah seliaan Syamsul Ridhuan selaku penerbit eksekutif, projek ini turut mendapat sentuhan Khairul Mestica dan Amin Nordin sebagai penerbit.

Rakaman, adunan serta mastering dilakukan oleh Amin Nordin di Smart Audio Studio, memastikan kualiti bunyi yang terbaik untuk mengangkat pesona karya ini.

Kekuatan utama lagu ini terletak pada keunikan gandingan Mestica sebagai vokalis utama dan Pawana yang mengiringi dengan paluan alat perkusi, menghasilkan sebuah lagu nasyid yang begitu dekat di hati peminat.

Sebelum itu, Mestica turut melancarkan Selawat Adnani hasil gandingan mantap bersama kumpulan Pawana.

Dengan konsep yang sama; nasyid tradisional kontemporari, alunan selawat ini turut mendapat perhatian peminat nasyid yang gemar dengan alunan selawat yang diiringi instrumen muzik perkusi.

Bagi peminat nasyid yang merindui alunan selawat dalam gaya yang autentik, jangan lepaskan peluang untuk menikmati persembahan istimewa ini. Sollu ’alan Nabiy!

Continue Reading

Berita

Terbuai Dengan Alunan Selawat Tafrijiyah dari Kumpulan One Path

Diterbitkan

pada

Kumpulan One Path tampil dengan sebuah single terbaru berjudul Selawat Tafrijiyah.

Dengan alunan melodi yang merdu dan lirik yang penuh makna, alunan selawat ini dihasilkan bagi memberikan ketenangan serta mengajak pendengar menghayati keindahan zikir sepanjang bulan mulia ini.

Single istimewa ini kini tersedia di semua platform digital untuk dinikmati oleh peminat.

Setiap bait selawat disampaikan dengan penuh penghayatan, disertai alunan suara yang menyentuh hati, menjadikan karya ini begitu bermakna untuk didengar dan dihayati.

Dihasilkan dengan sentuhan terbaik, Selawat Tafrijiyah menampilkan nyanyian serta susunan lagu oleh Haseef One Path, manakala terjemahan lirik dilakukan bersama oleh Haseef dan Shafiq One Path.

Proses rakaman pula dijalankan di Tarbiah Sentap Records, memastikan kualiti audio yang terbaik buat pendengar.

Dalam aspek visual, karya ini turut diperkemaskan dengan sentuhan produksi yang mantap.

Video Selawat Tafrijiyah diterbitkan oleh Adnin Roslan dengan arahan daripada pasukan Karya Tujuh, memberikan dimensi tambahan kepada pengalaman mendengar selawat ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Selawat Tafrijiyah, sebuah karya yang mampu membangkitkan ketenangan serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Strim sekarang di semua platform digital dan hayati keindahannya sepanjang Ramadan ini!

Continue Reading

Berita

“Qalbi Fil Madinah” by Maher Zain & Harris J Takes the World by Storm!

Diterbitkan

pada

The incredible collaboration between Maher Zain and Harris J has taken the global stage by storm with their latest single, “Qalbi Fil Madinah” (My Heart is in Madinah)—a song that beautifully captures the love and serenity of the blessed city.

Released in two versions—a full song with music and a vocals-only version—this heartfelt track has resonated with millions worldwide in just 10 days!

Phenomenal Achievements of “Qalbi Fil Madinah”:

  • Over 1 billion views on TikTok
  • More than 1.5 million videos created using the song on TikTok
  • 15 million+ views on YouTube, ranking #3 globally
  • Trending in 33 countries, including, for the first time ever for an Islamic song, in the UK, France, Belgium, Spain, the Netherlands, Germany, Sweden, Denmark, Canada & Australia!
  • Over 2.5 million streams across digital platforms

The song “Qalbi Fil Madinah” features lyrics written by Bara Kherigi, with a melody composed by Maher Zain and Harris J. The music arrangement was done entirely by Maher Zain, while the vocal arrangement was handled by Namz Kay. The mixing and mastering process was carried out by Ronny Lahti and Namz Kay, ensuring top-quality audio for listeners to enjoy.

Expressing their gratitude, Maher Zain and Harris J shared, “We are both humbled and grateful for the overwhelming response. May this song continue to inspire, uplift, and connect hearts to the spirit of Madinah and the message of Prophet Muhammad P.B.U.H.”

Join the #QalbiFilMadinah movement—keep streaming, sharing, and spreading the love!

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment