Categories: BeritaTempatan

Jef Hazimin Cipta Lagu Sempena PRU13

Jef Hazimin dalam video muzik Pilihanraya Pilihan Rakyat.

Siapa tidak kenal dengan Jef Hazimin? Seorang personaliti yang aktif dan ceria dikalangan penggiat industri hiburan Islam Malaysia. Beliau yang merupakan bekas ahli kumpulan Bangsar Boys yang popular satu ketika dahulu kini menjalani kehidupan yang sederhana disamping aktif menjalankan program motivasi dan latihan di seluruh Malaysia.

Terbaru, sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jef Hazimin telah mengambil peluang mencipta sebuah lagu bertemakan PRU-13 berjudul Pilhan Raya, Pilihan Rakyat. Jef sebelum ini pernah popular menerusi lagu ciptaannya, Akrab Persahabatan nyanyian Inteam yang menjadi lagu evergreen dikalangan para peminat. Menerusi lagu terbaru beliau, Jef cuba menyampaikan mesej menggalakkan rakyat untuk turun mengundi dalam Pilihan Raya Umum 13.

Jef turut menekankan yang PRU merupakan medan terbaik untuk rakyat memilih calon yang bakal mewakili mereka di Parlimen kelak. Jef juga mengajak para pendengar untuk mengundi calon berwibawa dan yang rajin buat kerja.

Tidak perlu kai berceloteh panjang, jom kita dengarkan lagu Pilihan Raya Pilihan Rakyat nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Jef Hazimin.

showsearch=0

 

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago