UNIC Records bakal perkenalkan bakat baru pertama dibawah label UNIC Records menjelang Mei 2013. Hasil risikan Munsyeed mendapati, UNIC Records sudah pun melamar Idris Shamsuddin sebagai artis baharu setelah tertarik dengan video nyanyian Idris yang menyertai Awakening Talent Contest menerusi laman Youtube.
Munsyeed cuba menghubungi Idris untuk bertanya lebih lanjut mengenai berita ini. Menurut Idris, beliau akan menandatangani kontrak sebagai artis baru dibawah label UNIC Records.
“Alhamdulillah, status (saya) dengan UNICDOTMY Pro Sdn Bhd sebagai talent baru. (Saya) Akan menandatangani kontrak pengurusan di bawah label UNIC Records, anak syarikat UNICDOTMY Pro Sdn Bhd.” – jelas Idris.
Beliau turut menambah, “Saya kini dalam proses menyiapkan single yang akan menemui para pendengar tidak lama lagi. Single tersebut adalah hasil ciptaan salah seorang komposer terkenal tanah air. Doakan semoga segalanya berjalan lancar.”
Idris bersama UNIC dan Ustaz Ghazali Ibrahim di set pengambaran Dikir Zikir. Sumber foto: Idris.
Tahniah diucapkan kepada Idris kerana berjaya menarik perhatian UNIC Records dan menjadi artis baru bernaung dibawah label UNIC Records. Munsyeed secara peribadi mengenali Idris Shamsuddin melalui beberapa pertemuan sebuah kelab peminat nasyid satu ketika dahulu. Beliau merupakan seorang individu yang mempunyai akhlak yang baik, lembut tutur kata, disenangi dan disegani oleh rakan-rakan.
Ingin kenal lebih lanjut dengan Idris? Jom tengok biodata Idris khas untuk pembaca Munsyeed!
- Nama penuh : Idris Bin Shamsuddin
- Nama komersial : Idris Shamsuddin
- Asal : Bagan Serai, Perak
- Umur : 22 tahun
- Masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
- Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi)
- Idola dalam bidang nyanyian : Sami Yusuf
showsearch=0 Video Awakening Talent Contest by Idris Shamsuddin.
showsearch=0
Ya Mustofa – Idris Shamsuddin (Cover Version)
– Munsyeed{Dot}Com