Categories: Terkini

Jef Hazimin Tubuh Radio Online SmaklFM

Dua hari lepas, kami ada berbual dengan seorang personaliti terkenal yang merupakan komposer lagu popular, Akrab Persahabatan nyanyian Inteam. Tidak lain tidak bukan, beliau ialah Jef Hazimin Jaafar. Berita terakhir yang kami siarkan mengenai Jef di Munsyeed adalah sewaktu Pilihan Raya Umum 13 apabila Jef muncul dengan sebuah lagu khas PRU13 berjudul Pilihanraya Pilihan Rakyat.

Terkenal dengan sifat periang dan ceria dikalangan rakan artis, perbualan kami berdua berselang seli dengan gelak tawa apabila Jef tidak jemu-jemu membuat lawak dengan kami. Dalam perbualan tersebut, kami sempat bertanyakan perkembangan terbaru beliau.

Menurut Jef, beliau baru sahaja membangunkan sebuah radio online untuk Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yag diberi nama SmaklFM. Radio Online ini ditubuhkan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SMAKL.

“Ia (radio online) sempena jubli perak 25 tahun SMAKL. Sebagai permulaan, SmaklFM siar lagu alumni dahulu seperti lagu Nowseeheart dan lagu klasik kumpulan Anugerah dan Suara Smakl. So, ia menjadi kenangan mengubat rindu alumni di dalam dan luar negara. Ia juga sebagai inspirasi dan hiburan adik-adik di asrama SMAKL. Nanti perlahan-lahan kita akan masukkan talk, interview dan sebagainya inshaAllah.” jelas Jef selaku CEO SmaklFM.

Jef turut menjelaskan perancangan jangka masa panjang SmaklFM kepada kami.

“InshaAllah, buat masa ini kita fokus kepada lagu-lagu sahaja dulu. Kemudian, baru dimasukkan pelajar-pelajar sebagai deejay, cerita hal ehwal sekolah, pelajaran, Bahasa Arab dan pelbagai lagi. Ala, macam radio sekolah dulu-dulu.”

“Saya yakin pelajar-pelajar SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)  mesti suka. Jadi, kami mulakan di SMAKL dulu yang merupakan satu-satunya SMKA di Kuala Lumpur  yang bertahan selama 25 tahun dan keatas.” ujar Jef.

Selaku generasi pertama SMAKL, Jef menyifatkan penubuhan radio online ini sebagai satu usaha untuk beliau menyumbang bakti kepada sekolah dan juga generasi-generasi muda SMAKL.

Nowseeheart di Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SMAKL

“Adik-adik di SMAKL tiada hiburan di asrama. Jadi, saya melihat radio online sebagai satu cara yang praktikal dalam menyajikan hiburan mendidik jiwa kepada mereka. Dulu zaman kegemilangan SMAKL ada Nowseeheart, Maahad Hamidiah ada Mirwana, SMAP Kajang ada Saujana. Justeru, mungkin perkara ini juga kelak akan menjadi ikutan di SMKA dan SMA lain di seluruh Malaysia.” ulas Jef.

Untuk makluman, radio online SmaklFM sudah mula beroperasi sejak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Smakl pada 22 Jun 2013. Radio ini beroperasi selama 24 jam sehari.

Kepada mereka yang ingin mendengar radio SmaklFM, layari www.smaklfm.com.

– Munsyeed Dot Com.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago