Ingat lagi kepada The Muhibbains yang popular dengan lagu Mengenal Cinta? Kami meminati bakat dan gaya bersahaja yang ditampilkan The Muhibbains. Lagu-lagunya santai, easy listening dan cukup ringan. Tidak hairanlah, lagu ciptaan Muhibbain (Jumaat) menjadi pilihan kumpulan nasyid popular; Inteam, untuk dimasukkan dalam senarai track album terbaru mereka berjudul Iman & Aman.
Muhibbain – Mengenal Cinta
Terbaru, kami mendapat tahu yang The Muhibbains kini sudah berempat. Sebelum ini, The Muhibbains dianggotai oleh Erwan dan Azmer yang mana Erwan merupakan penyanyi manakala Azmer bertindak sebagai pemuzik di belakang tabir. Kali ini, The Muhibbains bakal melakukan perubahan dengan menampilkan 4 orang anggota kumpulan yang akan melakukan persembahan secara berharmoni. Menarik kan? Jadi, selepas ini kita tidak akan melihat Erwan Muhibbain menyanyi seorang diri kerana beliau akan ditemai Azmer dan 2 orang lagi anggota baharu iaitu Adip Nahar dan Zaf, bekas anggota kumpulan Almawlid.
“Selawat Beri Ana Kekuatan Untuk Mengajak Zaf dan Adip”
Menceritakan kembali bagaimana timbul idea untuk menyanyi berkumpulan berbanding solo sebelum ini, Erwan memberitahu Munsyeed yang beliau memang sudah lama berhasrat menambah ahli supaya dapat mencontohi Inteam dan Almawlid menyebarkan selawat.
“Ana memang dah lama berhasrat nak ‘tambah ahli’ disebabkan nak ikut langkah Inteam dan Al Mawlid menyebarkan selawat. Bila ana dapat khabar yang dua orang anggota Al Mawlid telah ‘free’, ana nampak peluang untuk ana menjemput mereka (menyertai TheMuhibbains).” ujar Erwan.
Beliau menambah, pada mulanya beliau agak malu untuk mengundang Adip dan Zaf untuk menyertai The Muhibbains.
“Tapi ana sangat malu kerana dua orang ini sangat hebat, lantas ana tangguhkan hasrat ana. Sehingga satu event di Johor. Masa itu ana seorang dan audience kebanyakkannya adalah di kalangan kanak-kanak. Lepas menyanyikan 2, 3 lagu, hati ana menjerit, ‘selawatlah!’. Tapi ana tak dapat lakukan berseorangan. I’m not strong enough. Balik dari event itu, I told myself, I must invite them. I did, and Alhamdulillah, they accepted.” jelas Erwan.
Ternyata, keinginan untuk menyebarkan selawat memberikan Erwan kekuatan dan keberanian untuk menjemput kedua-dua bekas ahli anggota Almawlid ini untuk menyertai The Muhibbains.
Dengan – The Muhibbains feat DJ Fuzz
Single Berjudul Dengan, Duet Bersama DJ Fuzz
Kini The Muhibbains sedang menyiapkan single terbaru mereka yang bakal menemui peminat dalam masa terdekat. Menariknya, untuk single terbaru The Muhibbains kali ini, kita akan dapat lihat paduan suara 4 orang ahli anggota The Muhibbains buat pertama kali menerusi lagu berjudul Dengan. Single ini juga dilihat istimewa kerana The Muhibbains akan berkolaborasi dengan DJ Fuzz untuk menyampaikan lagu istimewa ini.
Jom kita dengar sedikit pradengar yang disediakan The Muhibbains kepada pembaca Munsyeed:
showinfo=0
Tahniah diucapkan kepada The Muhibbains diatas penjenamaan semula yang dilakukan dan kemunculan single terbaru yang menampilkan DJ Fuzz sebagai artis duet. Semoga The Muhibbains terus sukses dan menjadi asbab kepada ramai lagi umat Islam untuk lebih mencintai Rasulullah SAW dan mengamalkan sunnah baginda Rasul S.A.W.
Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai The Muhibbains, layari laman web dan Facebook mereka:
– Munsyeed Dot Com