Komposer dan penulis tersohor Malaysia, Mohd Fizarahman Zainal atau lebih mesra disapa Frizdan kembali berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa Maher Zain menerusi penciptaan lirik bagi lagu Ramadan versi Bahasa Melayu.
Frizdan sebelum ini pernah mencipta lirik bagi lagu hits Maher Zain, Insha Allah versi Bahasa Melayu dan lagu tersebut pernah tercalon dalam Anugerah AIM ke 18 sebagai top 5, bagi kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Artis Luar Negara.
Berikut, kami kongsikan video muzik beserta lirik lagu Ramadan (Malay Version) nyanyian Maher Zain.
RAMADAN – MAHER ZAIN
Lagu: Maher Zain
Lirik: Frizdan
Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku
Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu
Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi
Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan
Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman
Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi
Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi.
Awakening Records melalui Inteam Records perlu hantar pencalonan lagu ini ke Anugerah AIM bagi kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Artis Luar Negara.
– Munsyeed Dot Com