Categories: BeritaTempatan

Rabbani: Dari Singgahsana Ke Shah Alam

Ramadan bersama Rabbani @ N’dah Mahligai Shah Alam.
(Klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

Ketika kami siarkan berita mengenai pengumuman Rabbani yang mereka tidak lagi berkolaborasi dengan Hotel Singgahsana untuk Ramadhan ini (klik disini), ramai yang mengeluh kerana saban tahun Hotel Singgahsana menjadi destinasi utama berkumpulnya penggiat nasyid dan peminat Rabbani sewaktu bulan Ramadhan. Namun, kegusaran itu akhirnya ternoktah apabila baru-baru ini Rabbani mengumumkan yang mereka akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rabbani di N’Dah Mahligai.

Setelah 23 tahun menyambut Ramadhan dengan berbuka puasa bersama umat Islam di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, tahun ini Rabbani mengambil keputusan untuk meraikan Ramadan pada tahun ini di N’Dah Mahligai, Shah Alam.

Memandangkan Rabbani mempunyai ramai kenalan yang sentiasa memberi sokongan dalam apa saja yang mereka lakukan, maka pada tahun ini Rabbani ingin mencuba sesuatu yang baru. Berbekalkan pengalaman 23 tahun di Singgahsana, Rabbani boleh dianggap cukup dewasa dan matang untuk mengendalikan majlis berbuka puasa sendiri. Dengan keputusan ini tidak bermakna hubungan Rabbani tamat dengan Hotel Singgahsana Petaling Jaya, kerana mereka tidak akan melupakan banyak kenangan dan pelajaran yang di perolehi di situ. Kini pengalaman itu ingin kongsi bersama mereka yang bersedia menyambutnya.

“Alhamdulillah segala urusan kerjasama dan persetujuan dengan N’Dah Catering berlaku dalam masa yang singkat dan mudah. Rabbani menganggap kedua-dua pihak mempunyai niat yang murni, ingin mengajak umat Islam menikmati amalan berbuka puasa dengan suasana yang tersendiri. Semoga para tetamu baru boleh menerima suasana yang kami sediakan.” ujar wakil Rabbani di sidang media Ramadhan Bersama Rabbani.

Rabbani dan Puan Ndah, bos besar N’Dah Mahligai bergambar selepas menandatangani persefahaman Ramadhan Bersama Rabbani.

Ketika ditanya mengenai konsep berbuka puasa bersama Rabbani di N’Dah Mahligai, Shah Alam, Rabbani menjelaskan, “Seperti biasa akan diadakan acara penghayatan ilmu, laungan azan oleh artis, majlis berbuka puasa, persembahan hiburan, cabutan bertuah, hadiah kejutan dan solat Tarawih berjemaah.”

Tambah Rabbani, acara persembahan nasyid pada tahun ini akan menggunakan konsep persembahan akustik oleh penasyid dan pemuzik iringan.

Rabbani dan Puan Ndah menandatangani persefahaman untuk Ramadhan Bersama Rabbani di Ndah Mahligai.

“Semoga di tempat baru ini, umat Islam yang ingin berbuka puasa sambil berhibur dengan hiburan Islami dapat bertandang dan bersama dengan Rabbani untuk berbuka puasa disini nanti.” jelas wakil Rabbani.

Rabbani juga akan membawa rakan niaganya yang ingin membuat jualan atau memperkenalkan barangan keluaran mereka, kerana beberapa kaunter jualan disediakan dengan kadar sewa yang murah.

Kami sudah lihat suasana dan dekorasi di N’Dah Mahligai. Memang cantik dan mempersonakan. Kalau anda ingin lihat gambar-gambar menarik di N’Dah Mahligai, boleh layari Instagram Deen Rabbani. Ada banyak gambar-gambar menarik N’dah Mahligai yang beliau rakamkan sewaktu majlis sidang media baru-baru ini.

Untuk segala maklumat untuk berbuka puasa bersama Rabbani di N’Dah Mahligai Shah Alam, boleh menghubungi:

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago