JKKN Anjur Pertandingan Nasyid & Marhaban 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Nasyid dan Marhaban 2014 sempena Festival Ramadhan 2014.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 50 tahun. Setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari 8 orang ahli dan diiringi seorang pengurus.

Bagi kategori nasyid, para peserta akan diadili oleh juri professional yang akan menilai 4 aspek utama dalam sesebuah persembahan iaitu:

  • Mutu Suara – 50 markah
  • Harmoni – 30 markah
  • Persembahan – 15 markah
  • Busana / Tatarias – 5 markah

Untuk membaca syarat penyertaan Pertandingan Nasyid 2014, sila klik disini: Syarat Penyertaan Pertandingan Nasyid.

Bagi kategori Marhaban pula, para peserta akan dinilai oleh juri professional mengenai 5 aspek berikut:

  • Lagu / Tarannum 40 markah
  • Suara – 30 markah
  • Fasohah – 20 markah
  • Persembahan – 5 markah
  • Busana – 5 markah

Untuk membaca syarat penyertaan Pertandingan Marhaban 2014, sila klik disini: Syarat Penyertaan Pertandingan Marhaban.

Poster Pertandingan Nasyid dan Marhaban 2014. Klik pada gambra untuk paparan lebih besar.

Setiap peserta akan menjalani proses saringan dimana hanya 14 kumpulan yang layak akan terpilih untuk ke peringkat Separuh Akhir. Manakala untuk peringkat akhir, hanya 6 kumpulan dengan markah tertinggi akan bersaing bagi merebut gelaran Juara.

Hadiah lumayan menanti para pemenang. Bagi tempat pertama, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000.00 beserta sijil. Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM5,000.00 beserta sijil. Manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 beserta sijil. 3 pemenang saguhati pula akan membawa pulang wang tunai RM1,000.00 beserta sijil.

Menarik bukan? Jadi, jangan berlengah lagi. Muat turun borang penyertaan Pertandingan Nasyid dan Marhaban di laman web JKKN sekarang. Layari www.jkkn.gov.my.

– Munsyeed Dot Com

 

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago