Connect with us

Terkini

Karnival Maher Zain Janjikan Acara Menarik

Diterbitkan

pada

Bersenpena dengan penganjuran Konsert Maher Zain yang akan diadakan hujung bulan ini, satu karnival akan dianjurkan serentak bersempena konsert tersebut.

Acara yang dinamakan sebagai Karnival Maher Zain Live In Concert bakal diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2010 bertempat di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam. Karnival yang dianjurkan kali ini adalah anjuran bersama Inteam Records dan Nasyeed.com.

Difahamkan, pihak penganjur telah menyediakan lebih 80 booth yang akan diletakkan di perkarangan stadium. Booth tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk pakaian, makanan, buku serta berbagai lagi. Malah, karnival ini juga akan menyajikan persembahan daripada artis-artis nasyid tempatan.

Apa yang menarik, karnival tersebut bakal menyaksikan pelbagai acara menarik yang  bakal disajikan buat pengunjung. Selain daripada booth jualan dan pameran, antara acara lain yang bakal menjadi tumpuan ialah. Pertandingan Nasyid Terbuka dan juga Pertandingan Lagu Maher Zain.

Pertandingan Nasyid Terbuka ini adalah dibuka kepada penyertaan semua jenis lagu nasyid. Manakala untuk Pertandingan Lagu Maher Zain, peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu yang dibawa oleh Maher Zain sahaja.

Para peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut, boleh melihat syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan yang telah disediakan di laman web http://karnivalmaherzain.nasyeed.com/ atau menghubungi urusetia ditalian 03-55121352 atau 017-6292903 (Cik Shuhadah Hamid)

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Baru raya ke-3, sudah berjauhan dengan keluarga…” – Inteam Penuhi Jemputan Persembahan di New Zealand

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid tersohor, Inteam, bakal mengembangkan lagi pengaruh mereka di persada antarabangsa menerusi Kembara New Zealand 2025.

Menerusi wawancara bersama Hazamin Inteam baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa kumpulan nasyid itu akan berada di New Zealand selama lapan hari, bermula 3 hingga 11 April 2025, untuk beberapa program istimewa.

Antara agenda utama mereka di sana adalah dua persembahan khas yang akan membawa mesej kedamaian dan ukhuwah Islamiah:

  • Persembahan pertama bersama NGO Asturlab, sebuah komuniti Muslim di New Zealand.
  • Persembahan kedua bersama komuniti Melayu anjuran An-Nida Trust di Christchurch, berdekatan Masjid Al Noor – lokasi tragedi berdarah yang meragut nyawa 51 syuhada dalam insiden tembakan pada 2019.


Selain itu, perjalanan kembara ini turut menjadi medan bagi Inteam untuk merakamkan Travelog Kembara Selawat Inteam x Khair di New Zealand serta rakaman video Akustik Inteam 2025.

Menurut Hazamin, kedua-dua kandungan eksklusif ini akan dimuatkan dalam aplikasi Khair, menjadikannya platform eksklusif bagi peminat menonton kandungan istimewa ini.

Sebelum ini, Inteam pernah berkolaborasi dengan Apps Khair dan menghasilkan Travelog Kembara Selawat Inteam x Khair di Perth, dan kali ini, jelajah mereka ke New Zealand dijangka lebih istimewa dengan penceritaan yang lebih mendalam mengenai perjalanan dakwah dan seni mereka.

Menariknya, trip ini ditaja sepenuhnya oleh Apps Khair dan Qudwah Group, dua entiti yang turut menyokong misi dakwah dan hiburan berlandaskan Islam.

Dengan kembara ini, nama Inteam dijangka terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai ikon nasyid yang bukan sahaja relevan di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Semoga perjalanan ini membawa manfaat dan inspirasi kepada semua!

Continue Reading

Berita

“Ikut data, ramai yang lebih suka dengar lagu-lagu zikir…” – Saff One Muncul Dengan Album Zikir Nurani

Diterbitkan

pada

Saff One - Zikir Nurani

Selepas hampir sedekad tanpa album baharu, kumpulan nasyid Saff One kembali menghangatkan industri dengan pelancaran sebuah mini album zikir bertajuk Zikir Nurani.

Kali terakhir mereka tampil dengan album penuh adalah pada tahun 2016, dan kini mereka kembali dengan konsep zikir harian yang lebih segar dan moden.

Menampilkan lima anggota – Qhalid, Fauzan, Fuzaimi, Malik dan Fahim – Zikir Nurani memuatkan empat lagu iaitu Doa Arafah, Doa Kemudahan & Murah Rezeki, Doa Mula Belajar dan Zikir Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar.

Setiap lagu menampilkan doa dan zikir harian yang biasa diamalkan, tetapi disusun dengan melodi yang lebih harmoni serta susunan muzik yang lebih dinamik.

Mengikut perkembangan semasa, EP ini dilancarkan secara digital dan boleh distrim di semua platform muzik utama seperti Spotify, Apple Music, Deezer, dan YouTube Music.

Selain itu, video lirik dan muzik rasmi turut boleh ditonton menerusi saluran YouTube Saff One Official.

Menurut Saff One, idea menghasilkan album zikir ini lahir daripada data penstriman digital yang menunjukkan lagu-lagu zikir mendapat jumlah pendengar yang tinggi.

Beberapa karya terdahulu mereka seperti Doa Khatam Quran dan Zikir Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil juga menerima sambutan luar biasa, sekaligus mengukuhkan keputusan untuk meneruskan penghasilan karya berkonsepkan zikir pada masa hadapan.

Dengan pelancaran Zikir Nurani, Saff One menyeru peminat untuk terus menyokong dan menstrim lagu-lagu Islamik di platform digital bagi membantu perkembangan industri nasyid, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

Jangan lupa untuk mendengar Zikir Nurani sekarang dan rasai sendiri ketenangan dalam alunan zikir mereka!

Continue Reading

Berita

“Rasa tenang dengar nasyid versi ni…” – Peminat Puji Lagu Selawat Badar, Mestica Feat Pawana

Diterbitkan

pada

Mestica Pawana - Selawat Badar

Kumpulan nasyid Mestica kembali dengan sebuah karya yang membawa pendengar mengimbau keindahan alunan selawat klasik menerusi lagu Selawat Badar.

Kali ini, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Pawana, yang menyumbangkan kepakaran dalam permainan alat perkusi bagi menghidupkan semula suasana nasyid tradisional kontemporari yang popular sejak era 80-an.

Di bawah seliaan Syamsul Ridhuan selaku penerbit eksekutif, projek ini turut mendapat sentuhan Khairul Mestica dan Amin Nordin sebagai penerbit.

Rakaman, adunan serta mastering dilakukan oleh Amin Nordin di Smart Audio Studio, memastikan kualiti bunyi yang terbaik untuk mengangkat pesona karya ini.

Kekuatan utama lagu ini terletak pada keunikan gandingan Mestica sebagai vokalis utama dan Pawana yang mengiringi dengan paluan alat perkusi, menghasilkan sebuah lagu nasyid yang begitu dekat di hati peminat.

Rata-rata peminat memuji lagu ini kerana mengetengahkan instrumen muzik perkusi sepenuhnya. Konsep ini pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid legenda; Raihan sehingga meletakkan nama Raihan sebagai artis nasyid terkenal di peringkat antarabangsa.

Di sesetengah negara pula, penggunaan instumen muzik perkusi di dalam lagu nasyid lebih mendapat perhatian kerana keunikan instrumen muzik tersebut dan fahaman mazhab komuniti Islam di negara tersebut.

Sebelum itu, Mestica turut melancarkan Selawat Adnani hasil gandingan mantap bersama kumpulan Pawana.

Dengan konsep yang sama; nasyid tradisional kontemporari, alunan selawat ini turut mendapat perhatian peminat nasyid yang gemar dengan alunan selawat yang diiringi instrumen muzik perkusi.

Bagi peminat nasyid yang merindui alunan selawat dalam gaya yang autentik, jangan lepaskan peluang untuk menikmati persembahan istimewa ini. Sollu ’alan Nabiy!

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment