Connect with us

Berita

Kembara 1Moment4Them Cetus Inspirasi Single Terbaru Aizat Amdan

Diterbitkan

pada

Aizat Amdan sebuah nama yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air sebagai penyanyi, pemuzik dan juga penulis lagu yang berwibawa. Karier atau kerjaya sebagai insan seni bertitik tolak dari tahun 2007 tatkala beliau menjadi salah seorang peserta sebuah rancangan realiti televisyen paling popular terbitan ASTRO iaitu Akademi Fantasia Musim ke- 5.

Dalam tahun 2008, Aizat telah melancarkan album sulungnya yang berjudul “Percubaan Pertama”. Di antara lagu-lagu hits yang terkandung di dalam album tersebut dan menjadi siulan anak-anak muda ketika itu ialah ‘Hanya Aku Yang Mampu’,’ Sg.Lui’, ‘Sahabat’, ‘Lagu Kita’ dan banyak lagi. Lagu-lagu dari album ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peminat muzik tanah air justeru lagu ‘Hanya Aku Yang Mampu’ telah merangkul anugerah sebagai lagu yang paling banyak di muat turun pada tahun 2009 di Anugerah Planet Muzik (APM). Album kedua beliau telah mula dipasarkan pada tahun 2010 berjudul ‘Urusan Aizat Amdan’ di mana lagu ‘Susun Silang Kata’ merupakan single yang menjadi pilihan bagi para peminatnya. Lagu ‘Susun Silang Kata’ turut tersenarai dalam 30 lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Juara Lagu ke-25.

Aizat mengorak langkah dengan melancarkan album “LEGASI” di dalam benuk ‘vinyl’ atau piring hitam pada tahun 2014. Album ini menampilkan kolaborasi bersama beberapa artis popular tanah air seperti Yuna, Zee Avi, Noh Salleh, dan Azlan & The Typewriter.

Selain menjadi seorang penyanyi Aizat dan keluarga juga memiliki sebuah syarikat rakaman sendiri yang diberi nama Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE) di mana syarikat rakaman ini telah menerbit dan menghasilkan ketiga-tiga buah album iaitu ‘Percubaan Pertama’, ‘Urusan Aizat Amdan’ dan ‘Legasi’.

Dalam perkembangan terkini Aizat Amdan hadir dengan single terbaru yang berjudul ‘Jangan Menangis’, sebuah lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Aizat sendiri. Lagu ‘Jangan Menangis’ mengisahkan bagaimana seseorang mengharungi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang saban hari dengan tabah dan kuat tanpa kenal erti kesedihan. Konsep serta penceritaan lagu ini juga bersifat universal kerana kesedihan boleh berlaku kepada setiap invidividu bergantung kepada situasi yang mereka hadapi. ‘Jangan Menangis’ juga memberi satu peringatan kepada setiap individu betapa pentingnya untuk mengambil tanggungjawab dan tindakan apabila berhadapan dengan situasi yang sukar.

Tercetusnya inspirasi untuk menghasilkan lagu ini datangnya dari pengalaman Aizat ketika beliau bersama-sama Faizal Tahir, Noh Hujan dan Mu’adz Dzulkefly menyertai ekspedisi bantuan kemanusiaan 1Moment4Them pada tahun 2015 di Jordan. Ekspedisi ini adalah sebuah pengembaraan gerakan 1Moment4Them bagi membantu rakyat Syria yang kini menjadi pelarian di bumi Jordan.

Bertitik tolak dari situ maka terciptanya lagu ‘Jangan Menangis’ kerana ia simbolik dan menepati tema ‘kemanusiaan ’ kerana mesej yang cuba disampaikan begitu luas dan universal. Tajuk lagu ini juga begitu ‘straighforward’ kerana mudah untuk ia difahami dan menepati lagu.

Harapan Aizat adalah menjadikan lagu ini sebagai sesuatu yang dapat memberi ketenangan kepada pendengar justeru dapat meneruskan kehidupan seharian mereka dengan tabah walaupun ditimpa kesusahan.

Khas buat peminat Aizat Amdan, lagu ‘Jangan Menangis’ edaran Warner Music (M) Sdn Bhd ini boleh dimuat turun di semua platform digital mulai 10hb Mac 2017.

Strim dan muat turun ‘Jangan Menangis’ oleh Aizat Amdan di sini.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Diterbitkan

pada

I'm Not Ready To Let You Go - Zain Bhikha.

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.

Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.

“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.

I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.

Other Releases

“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.

“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.

“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.

All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.

Continue Reading

Berita

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Diterbitkan

pada

Yang Mulia - Daqmie x Mestica. Sumber: Daqmie

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.

Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.

Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.

Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.

“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.

Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.

Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.

Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.

Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.

Sumber: Daqmie

Continue Reading

Berita

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Diterbitkan

pada

Masjid Putra, Putrajaya. Sumber: Tourism Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.

Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Continue Reading

Trending