Berita

Isu Palestin Dipinggirkan Jadi Cetusan Single Terbaru KLAUT

Terkesan menyaksikan Palestin semakin dipinggirkan bersama isu kemanusiaan yang tidak pernah selesai, telah mendorong kepada penciptaan lagu “Kemenangan Untukmu” oleh KLAUT.

Bernaung di bawah label AJ Music Malaysia, KLAUT merupakan artis yang berkonsepkan duo akustik dengan membawakan lagu-lagu berunsur kemanusiaan dan ketuhanan. Dianggotai oleh Fikri Rafezin, 22, selaku vokalis dan ZaL Azman selaku gitaris, masing-masing yang berasal daripada Terengganu dan Pahang ini bergabung demi menyampaikan mesej di dalam lagu mereka.

Single pertama berjudul “Kemenangan Untukmu” ini ciptaan ZaL Azman dan liriknya dibuat bersama penulis lirik, Zara Alhaj. Menurut ZaL Azman, sebagai rakyat biasa, beliau tiada kuasa penuh untuk membantu umat Islam yang ditindas di serata dunia terutama di Palestin kecuali dengan “bersuara” melalui lagu. Tambahnya lagi, beliau ingin masyarakat kembali sedar tentang hakikat yang sedang berlaku di bumi Palestin hari ini.

“Saya mahu umat manusia sedar yang peta Palestin makin lenyap dari peta dunia, begitu juga dengan rakyatnya. Sebagai umat Islam kita tidak boleh membiarkan hal itu terjadi kerana Palestin adalah tempat suci umat Islam. Lebih-lebih lagi di situ tempat berlaku peristiwa penting umat Islam iaitu peristiwa Isra’ Mikraj.

Lagu Kemenangan Untukmu bukanlah lagu pertama ciptaan ZaL Azman dan Zara Alhaj. Pasangan komposer dan penulis lirik ini telah berpengalaman selama 6 tahun dalam bidang penciptaan lagu. Mereka hanya mula serius memasarkan lagu-lagu mereka ke pasaran mainstream sejak 3 tahun lalu. Antara lagu-lagu ciptaan mereka adalah Setia Menanti, Bukan Siapa Siapa, Inspirasi, Muhammad Ya Habiballah dan banyak lagi.

Menyanyikan lagu yang membawakan mesej universal bukan satu perkara baru bagi duo akustik ini. Sebelum merakamkan lagu single Kemenangan Untukmu, KLAUT sering membawakan lagu-lagu berunsur ketuhanan, kemanusiaan dan juga lagu-lagu balada cinta semasa setiap kali dijemput membuat persembahan di majlis-majlis peribadi. Jelas Fikri Rafezin, lagu Kemenangan Untukmu ini bukan sekadar sebuah lagu ketuhanan, malah ianya juga merupakan sebuah lagu cinta.

“Kemenangan Untukmu juga merupakan lagu cinta, tapi cinta dari sudut yang berbeza. Lebih kepada cinta sesama umat manusia.

KLAUT berharap agar mesej yang disampaikan akan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat kerana lagu ini menurut mereka ditujukan secara amnya kepada seluruh umat islam yang ditindas di seluruh dunia seperti di Syria, Rohingya dan lain-lain. Lagu ini juga menurut mereka merupakan doa dan janji Allah bahawa Islam akan mencapai kemenangan di bumiNya.

Video lirik single Kemenangan Untukmu sudah boleh ditonton di laman Youtube AJ Music. Selain itu, lagu ini juga sedia diperdengarkan menerusi Spotify dan muat turun di iTunes.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

7 months ago