Categories: KonsertPengumuman

Kemuncak Pesta Konvo UIA – Islamic Performance Night

Islamic Night Performance

 

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadi satu tempat tumpuan konsert-konsert nasyid yang gah bertaraf mega. Rata-rata peminat nasyid pasti ternanti-nanti konsert nasyid yang bakal diadakan di UIA terutama sempena pesta konvo. Umum masih terbayang betapa penuhnya Dewan Kebudayaan Seni UIA (CAC) dengan hadirin yang ingin menonton konsert nasyid di UIA saban tahun.

Bersempena Pesta Konvokesyen UIA 2011, Kelab Nasyid UIA (Nasyeed Club) dan Majlis Perwakilan Pelajar UIA (SRC) dengan kerjasama Raudhatus Sakinah dan NasyidFM akan mempersembahkan sebuah program hiburan mendidik rohani yang dipanggil Islamic Performance Night.

Kalau tahun lepas Maher Zain berjaya menggegarkan Dewan CAC UIA, tahun ini UIA bakal digemakan dengan alunan nasyid kontemporari yang bakal disulami dengan talk show yang bakal disampaikan oleh speaker terkemuka tanahair.

Islamic Performance Night 2011 bakal menampilkan satu kelainan dalam program mendidik jiwa ini. Program eksklusif ini dibarisi artis-artis yang cukup hebat seperti Akhil Hayy, Wardina Safiyyah, Heliza Helmi, Mirwana, Devotees dan Umi Rose yang merupakan Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah.

Ibarat sebuah sesi Live Talk show, sesi bual bicara bersama Akhil Hayy, Wardina Safiyyah, Heliza Helmi dan Umi Rose akan turut diselangselikan dengan persembahan menarik daripada artis terkemuka seperti Akhil Hayy sendiri dan 2 buah kumpulan nasyid yang tersenarai dalam Anugerah AIM 18- Mirwana dan Devotees.  Berdasarkan konsep yang dijelaskan kepada kami, program kali ini nyata menggalakkan para penonton untuk berhibur sambil mencambah minda dengan diskusi-diskusi yang santai dan menarik.

Menurut Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Muhammad Iqbal dalam satu artikel yang ditulisnya, beliau menegaskan wujudnya keperluan penjenamaan semula Pesta Konvokesyen UIA supaya ia tidak sekadar menjadi tempat untuk berhibur semata-mata malah menjadi medium pencambahan minda, wadah untuk menggalakkan kewujudan suasana intelektual dikalangan hadirin sesuai dengan gelaran Taman Ilmu Dan Budi yang diberikan kepada UIA.

Oleh yang demikian, UIA melalui Kelab Nasyid dan Majlis Perwakilan Pelajarnya tampil dengan program seumpama ini bagi menyuntik konsep Hiburan Mendidik Jiwa di kalangan para hadirin yang bakal hadir nanti.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai Islamic Performance Night 2011

Tarikh: 15 Oktober 2011, Sabtu.
Jam: 8malam hingga 11 malam.
Tempat: Dewan Kebudayaan Seni UIA Gombak. (Dewan CAC)

Tiket dijual dengan harga istimewa bernilai RM 10.00 untuk dewasa manakala RM 7.00 untuk pelajar. Untuk tempahan tiket, sila hubungi:

Syahir : 013 2002 486 | http://www.facebook.com/syahirsaf

Sumaiyah : 013 2001 056 | http://www.facebook.com/sitisumai

Layari Facebook rasmi Islamic Night Perforance 2011 untuk sebarang info lanjut. -Munsyeed{Dot}Com.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago