MZM-FC Tolak Lambakan Filem Lucah Di Malaysia

Filem Klip 3GP

 

Kenyataan Rasmi Maher Zain Malaysian Fan Club Perihal Filem 3gp.
Oleh: Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)

 

Assalammualaikum warahmatullah.

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW : “Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)”

13 Oktober 2011 ini akan ditayangkan sebuah filem yang berjudul Klip 3gp. Diteliti promo filem ini di youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-k), majoriti yang menjayakan filem ini beragama Islam. Saya telah berulang-ulang kali melihat preview 1 minit 51 saat di Youtube, sedaya mungkin mencari nilai positif darinya, namun usaha saya menemui kegagalan. (Anda boleh cuba barangkali).

Jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini. Apa yang mahu diketengahkan di dalamnya? Gejala sosial melibatkan remaja? Sebaran video lucah melalui kamera bimbit? Zina yang semakin membarah di dalam masyarakat? Berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir ada orang merakam aksi lucah anda? Atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet?

Sebagai salah seorang Jurulatih yang mengendalikan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah, sudah pasti kehadiran filem ini, sedikit sebanyak menyulitkan usaha kami membanteras gejala zina di kalangan warga Malaysia, khususnya anak muda. Sukar sangatkah menghasilkan filem yang didalamnya memiliki nilai positif lantas mendidik masyarakat di luar sana?

Saya sedar dunia layar perak ini tujuannya untuk bisnes. Sudah pasti bisnes itu di hujungnya mahu mengaut keuntungan. Sebab itu kebanyakan pembikin filem beralasan kononnya mereka menghasilkan sesebuah filem mengikut trend semasa dan memenuhi selera penonton. Namun dalam masa yang sama, tanggungjawab mendidik masyarakat itu terletak di bahu anda juga. Apa guna filem mendapat kutipan berjuta-juta ringgit sedangkan filem itu rendah sekali nilai positif yang ingin dipaparkan.

Beberapa minggu lepas, pabila isu Zizan di dalam Hantu Bonceng hangat diperkatakan kerana ada adegan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ramai masyarakat Muslim yang bangkit dan menunjukkan keprihatinannya. Ya, langkah ini saya puji. Zizan pula telah meminta maaf dan isunya telah dijawab sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Persoalannya, pabila filem itu mencetuskan polemik dan kontroversi, baru pihak-pihak yang berwajib mahu mengambil tindakan?

Buat penerbit, pengarah, penulis skrip dan mereka yang terlibat di dalam produksi ini, ingatlah, dunia ini hanya sementara. Lakukan sesuatu kerana inginkan redha dari Allah, bukan mengaut keuntungan semata-mata. Cukup-cukuplah dengan filem rempit, jenayah, hantu dan lain-lain. Para pelakon pula janganlah hanya menganggap anda ‘pelakon’ dan bersedia melakonkan sebarang watak yang diberikan. Hari ini boleh berlakon menjadi seorang Ustazah, esok berlakon adegan di ranjang. Alasan : Saya berlakon dan mencari rezeki yang HALAL. Soal dosa pahala itu antara saya dengan Allah. What?!!

Masyarakat kini dambakan ilmu agama, sebab ia fitrah di dalam diri setiap manusia. Sebab itu kami Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) mengangkat martabat muzik Islami oleh Maher Zain ke peringkat yang sepatutnya agar insan seni di Malaysia tahu tugas berdakwah itu bukan milik Ustaz dan Ustazah sahaja, tetapi tugas kita semua, samada kita ini artis, penerbit filem, pengarah filem, bahkan pengguna facebook sekalipun. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen

“Jika makanan ada cop HALAL, bagaimana pula ya andai filem-filem di Malaysia diletakkan simbol yang sama. Barangkali sukar untuk mencari filem keluaran Malaysia yang ada cop HALAL dan boleh ditonton bersama keluarga tanpa was-was.”

Hamba Allah yang hina lagi kerdil,

Akhi Fairuz
Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc)
11 Oktober 2011 | 10.00 malam | Taman Melawati

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago