Categories: BeritaTempatan

KL Berselawat: Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w

Kuala Lumpur: Majlis KL Berselawat telah diadakan buat julung-julung kalinya pada 18 Julai 2010 bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Program yang bertujuan untuk memperingati Rasulullah SAW dianjurkan oleh syarikat MERMOTTO VENTURES (M) SDN BHD.

Dalam majlis itu, perbagai atucara telah disusun atur seperti qasidah, maulid dan ceramah khas daripada Syeikh Dr. Mahmoud Marghlani yang didatangkan khas dari Madinah Al-Munawarah.

Menariknya, acara turut diserikan oleh persembahan qasidah dan nasyid daripada Inteam, Marjaan, AlMawlid dan Anak-Anak Yatim dari Rumah Lambaian Kasih.

Menurut penganjurnya, Amir (EX-Ruffedge) ketika ditemui berkata, Program ini adalah satu permulaan dan majlis yang diadakan ini aka nada kesinambungannya kelak.

“Insyaallah, program ini akan dibuat secara berterusan, dan mungkin ada tour yang menyusul.”Jelasnya yang juga bekas anggota kumpulan Ruffedge.

Rata-rata hadirin memuji program yang dianjurkan dan berharap akan diperbanyakkan lagi program seperti itu pada masa akan datang. -MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago