Categories: BeritaTempatan

Fenomena Imam Muda: Revolusi Program Realiti Islamik

 

Kuala Lumpur: Fenomena program realiti TV telah bermula sejak lebih sedekad yang lalu. Saban tahun, pastinya stesen-stesen TV tempatan akan berlumba-lumba untuk mengadakan program yang banyak variasi dan bentuk olahan pengisian. Tahun 2010 mencatat sejarah buat stesen berbayar ASTRO apabila telah memperkenalkan satu program realiti TV yang bercorak keagamaan iaitu Imam Muda.

Idea tercetusnya program yang disiarkan oleh saluran Astro Oasis ini adalah untuk mencungkil potensi serta kebolehan para pesertanya untuk menjadi seorang imam yang versatile dan boleh memimpin masyarakat pada segenap lapisan kaum.

Program ini telah melabuhkan tirainya pada 31 Julai 2010 dimana Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 daripada Pulau Pinang diangkat sebagai juara program realiti bercorak keagamaan ini.

Uniknya program ini dimana juaranya tidak ditentukan oleh undian SMS seperti program yang lain, namun ianya 100% berdasarkan permarkahan juri-juri professional yang diketuai oleh Mudir,
Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz.

Apa yang menarik, buat pertama kalinya program ini telah menarik ramai pemberita daripada luar Negara membuat liputan tentang program ini. Antara yang membuat liputan adalah dari CNN, BBC Londen, AFP dan beberapa lagi.

Disebalik stigma masyarakat terhadap golongan imam yang dianggap hanya duduk di masjid dan mengimamkan solat fardhu 5 waktu, program ini turut bertindak untuk mengikis segala tanggapan tersebut dimana Imam perlu menjadi seorang pemimpin yang boleh mendampingi masyarakat.

Apa yang menarik, antara yang ditonjolkan ialah bagaimana peranan imam itu menjadi seorang imam yang berkebolehan dalam semua bidang termasuk kaunseling dan tugas-tugas yang melibatkan hal-ehwal masyarakat setempat.

Bersesuaian dengan program ini, moga ia dapat melahirkan lebih ramai imam yang bukan sahaja mampu memimpin solat di masjid, tetapi ia juga mampu menjadi pemimpin masyarakat yang berkebolehan dalam semua aspek bidang. -MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago