Categories: BeritaTempatan

Kolaborasi Ustaz Amal – Munif Ahmad Janji Kelainan

PERMINTAAN bagi penerbitan album-album bercorak zikir, selawat dan bacaan Al-Quran terus mendampat tempat walaupun industri rakaman di Malaysia jatuh merudum dengan ketara beberapa tahun kebelakangan ini. Buktinya, album-album tersebut masih mencatatkan jualan yang tinggi sebaik sahaja diedarkan.

Hijjaz Records Sdn Bhd antara yang aktif mengeluarkan album sebegitu, dan baru-baru ini mereka mengeluarkan rilisan terbaru mereka, Gemersik Hati 2 : Doa dan Zikir Keinsafan dan Kesejahteraan. Album Gemersik Hati edisi kedua ini menampilkan dua ikon besar dunia nasyid tanah air iaitu Ustaz Amal dan Munif Ahmad bergabung menjayakan album yang berkonsep zikir duet ini.

Dalam satu kenyataan media yang diterima daripada Pengurus Promosi  dan Acara HRSB, Norfaezah Nasrudin, beliau berkata  album kali ini menampilkan satu kelainan dimana kelainan hasil duet gabungan Munif Ahmad dan Ustaz Amal dan dijangkakan akan lebih mendapat sambutan yang luar biasa dari siri yang sebelum  ini

Menurutnya lagi, Paduan suara Munif Ahmad dan Ustaz Amal menghasilkan aura impak positif yang besar bagi pendengar yang mendambakan ketenangan setelah melalui laluan kehidupan yang serba penuh dengan cabaran.

Album ini dihasilkan hampir 100% menggunakan kekuatan vokal milik dua ikon ini dan suara latar dari AWAN dengan alunan melodi yang cukup indah dan unsur muzik yang sangat minima.

Album Gemersik Hati 2 ini telah pun berada di pasaran dan boleh di dapati dengan harga RM 19.90 sahaja. Album ini juga boleh di dapatkan di iTunes, Spotify, Deezer atau di kedai CD berhampiran anda. Cuba dengarkan dan hayatinya.  Pembelian online juga boleh dibuat di laman web www.store.hijjazrecords.com.

– Munsyeed Dot Com

 

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago