Kolum
0 comments

Coretan Terowong KL-Gaza

by on August 12, 2014
 

Empat orang dari Sariyya Alquds (platoon) kami tadi syahid dalam operasi Ops Utara Gaza.

Aku telah kembali menggabungkan diri setelah cuti lebih sebulan.

Setelah berpakaian rasmi hijau dengan topeng dan lilitan aku mulai risau kerana kurangnya persiapan.

Hanya pada Allah munajatku dan sahabat-sahabatku dan rindu akan syahid melonjak kami ke lokasi. Tapi kali ini belum sempat kesemua kami mengambil tempat, kami diserang hendap dengan begitu dasyat. Bermula dengan mortar diikuti hujan peluru tentera zionis yang tidak henti.

50 minit tiada henti.. Dari membalas tembakan.. Berpindah dari runtuhan bangunan ke lorong dan parit.

Akhirnya serangan dipatahkan dan zionis Israel berundur selepas 2 kereta kebal mereka tewas dibedil tepat oleh pakar anti tank kami. Aku menjejak rakan yang syahid.. seorang dari mereka teman karibku Nuruddeen yang selalu dibaris hadapan. Kami ke pengkalan dan team ‘intelligence’ dapat mengesan kebocoran maklumat pergerakan kami dan misi seterusnya akan lebih baik..

Hmm hmmm…
Ya…

Aku di Kuala Lumpur…beribu batu dari gaza atau mana-mana medan tempur..

Posting berangan…
Hakikatnya cuma baru keluar dari 50minit ‘non stop body combat’
Jauhla nak sampai tahap pejuang ikhlas berjuang…

Tapi untuk rasa dekat dengan mereka..
Ini caraku… Kau bagaimana..?

Boleh juga kan..?
Nak imbang spiritual..fizikal..emosi..
Nak tak nak kena mula sekarang..
Makan jangan main belasah sahaja…

Ok good luck guys and girls.. Mari!
Rijalun Sodaqu ma aahadullaha alaih…

Pena Mooja,
Mu’adz
1:30pm 11 Ogos 2014
#selamatkangaza

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response