Connect with us

Ketua Pengarang

The Zaxxx – Kami Tak Untung SeSen Pun!

Diterbitkan

pada

Saya masih ingat apabila kami mula-mula ingin menubuhkan Munsyeed bersama tiga rakan yang lain iaitu Muzammil, Abu Afham dan Azida Annur empat tahun sudah, ketika kami menghadiri satu majlis di Shah Alam. Cadangan asalnya, hanyalah mahu membuka satu blog biasa yang mengkhususkan perihal industri nasyid khususnya di tanah air.

Ketika itu apa yang terfikir di benak kami berempat ialah, macam mana kami nak gerakkannya. Dengan source yang lintang pukang, kudrat yang sering kalah dek tugasan hakiki. Malah, kami clueless bila setiap kali timbul persoalan “Camana kita nak buat duit dengan Munsyeed ni?”

Mulanya, hanya sekadar hobi, atas dasar kami peminat tegar nasyid. Soal untung, rugi bukan perkara utama. Ya, ini benar. KAMI SEHINGGA HARI INI TAKDE UNTUNG WALAU SATU SEN PUN!

Berkorban? Ya, itu perkataan yang paling ketara buat kami. Tatkala blog-blog lain sibuk dengan iklan dan servis yang mampu mengkayakan poket admin, tapi kami tidak. Masing-masing mengeluarkan duit poket sendiri, membayar kos itu dan ini termasuk server dan hosting.

Tapi kami puas. Empat tahun kami disini, bukan keuntungan yang kami cari. Cuma, setiap kali melihat bahan berita yang kami sediakan itu mendapat hit dan rating yang tinggi, itu sudah membuatkan kami tersenyum sesama sendiri.

Kontroversi? Ya, kami akui kami juga gemar ‘membakar line’. Tapi, hanya sekadar untuk memeriahkan lagi industri nasyid. Jauh sekali niat untuk mengadu domba atau memfitnah. Tidaklah nasyid ini dilihat terus kaku.

Apapun, terimakasih buat kalian semua. Buat artis dan penggiat nasyid, kalian adalah nyawa kami. Buat pembaca, kalian adalah nadi kami. Andai ada salah silap kami, maafkan kami. Tegurlah kami.

Aizat Ikhwan | Hilmi Laden | Usamah Kamaruzaman | Faizal
Munsyeed Dot Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ketua Pengarang

Hj Zaxxx Bangkit Dari Kubur!!!!

Diterbitkan

pada

HAJI ZAXXX BANGKIT DARI KUBUR…. Tergelak saya bila frasa ini terpacul ketika membincangkan akan kembalinya kami Munsyeed di pentas media. Woww…. Lama gila tak menulis, hampir lima tahun lamanya. Malah, saya juga agak ‘jauh’ daripada industri nasyid dalam tempoh itu, hanya memerhati dari jauh sahaja. Almaklumlah, kerja lain lagi masyuk!

Lima tahun sepi, zaman pun dah berubah jauh. Industri muzik di Malaysia ni pun sudah beradaptasi dengan nuansa yang baru. Sangat berbeza daripada kami bermula dulu. Nak kata jatuh, tak juga. Nak kata makin naik, entahlah. Nak cakap pun payah.

Saya sendiri bermula dengan menyaksikan era nasyid sedang meletup-letup di IPT seperti UIA dan sebagainya. Fenomena ‘nasyid cinta’ katanya. Zaman tu meriah. Jualan album rancak, show sana sini, ditambah dengan aktiviti bersama kelab peminat. Fuhhh, kalau disingkap balik cerita zaman tu sampai subuh pun tak habis.

Kini dah 2024. Semuanya berbeza. Tiada lagi forum-forum kelab peminat tempat bersembang. Yang ada hanya media sosial tempat menyambung ukhwah. Mujurlah, persembahan pentas masih ada, walau tak semeriah zaman awal 2000-an dulu. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak hadap sahajalah

Nak atau tak, kenalah beradaptasi dengan perubahan zaman. Dulu, dengar sahaja album baru nak keluar, maka ramailah peminat berebut nak beli CD atau kaset. Namun kini dah tinggal kenangan. Album fizikal dah tak ramai yang buat. Malah, player pun susah nak jumpa. Hampir semuanya hanya tumpu pada single yang diupload ke Youtube dan platform streaming yang lain.

Tak lupa juga, dalam lima tahun kami berehat ni, kami merasai keperitan pengiat nasyid dalam mengharungi pandemik pada awal 2020 hari tu. Semua orang terkesan. Semua orang dah maklum keadaanya. Moga keadaan ini tak berulang lagi, dengan izin Allah.

Apa lagi di depan? Kami tak tahu. Apa yang kami mampu buat adalah membantu pengiat nasyid sehabis baik dan sedaya kami. Industri kita ni kecil sahaja. Kalau tak mampu, sapa lagi?

Continue Reading

Kartun

Lima Tahun Munsyeed Disini…..

Diterbitkan

pada

DAH LIMA TAHUN?? Gila!!…. Itu ungkapan pertama saya sebaik salah seorang staff Munsyeed meng ‘remind’ saya akan ulang tahun ke lima Munsyeed.

Lima tahun, apa yang ada? Puas saya memikir sebelum mencoret di ruangan ini. Tak pasti adakah dalam ruang masa ini, kami sudah Berjaya menawan hati para penggiat atau peminat nasyid. Atau, masih dengan sifat ‘poyo’, konon nak jadi website setaraf Budiey, Beutifullnara.

Tertubuhnya Munsyeed ini. Lima tahun lepas bukan atas dasar nak kaut untung, tapi kerana minat. Kalau nak mengharap media arus perdana menulis tentang ‘hiburan Islam’, berjanggutlah nak menunggu.

Kami tahu, lima tahun kami berwadah disini bukanlah masa yang patut dibanggakan. Banyak lagi benda yang kami belum buat. Cetak rompak masih banyak. Download haram masih ditahap ‘gila babi’. Mungkin, salah kami kerana masih gagal memberi ‘educate’ kepada seluruh warga yang sayangkan nasyid.

Benar, kami bukan lakukan semua ini sepenuh masa. Masing-masing ada kerjaya dan bekeluarga. Staff Munsyeed ada yang datang dan pergi. Komitment masih menjadi isu paling besar dikalangan staff Munsyeed. Dan pernah satu ketika, kami hampir ‘tutup kedai’ angkara ketiadaan komitmen.

Bukan mudah untuk kami usahakan sebuah wadah yang mampu memuaskan hati semua pihak. Setakat kena hentam, kena kritik semua perkara biasa. Namun bagi kami satu sahaja. Kalau kami tak buat, siapa lagi?

Jadi, apa yang buat kami bertahan sampai lima tahun? Jawapan mudah. Kalian semualah kekuatan kami untuk berada disini. Kalau tidak kerana penggiat dan peminat nasyid, dah lama kami bungkus.

Moga apa yang kami buat ini, sama-sama ada manfaatnya. Jika ada salah silap, maafkan kami. Tegurlah kami.

SYUKUR YA ALLAH. TERIMA KASIH SEMUA. TERIMA KASIH PENGGIAT NASYID. TERIMA KASIH PEMINAT NASYID.

Continue Reading

Ketua Pengarang

Di Sini… Kami Melangkah Setapak Lagi

Diterbitkan

pada

Syukur Alhamdulillah, pujian  kami panjatkan kepada Allah SWT diatas segala limpah rahmatnya, dapat juga kami menyiapkan website Munsyeed yang berwajah serba baru dan lebih segar.

Pejam celik, baru tersedar. Sudah tiga tahun kami bertapak dalam dunia media apabila menubuhkan Munsyeed Dot Com, sebuah entiti baru yang mengkhususkan pemberitaan tentang dunia nasyid dan hiburan Islah. Begitu pantas masa berlalu.

Ironinya, kami bermula dengan serba kekurangan. Bermula dengan modal yang dikeluarkan dari duit kocek sendiri, tiada kelengkapan termasuk kamera, tiada pejabat sendiri, dan kesulitan bergerak untuk membuat liputan. Tapi, kami tak patah semangat.

Namun, disebalik kekurangan yang kami miliki, kami boleh berbangga dengan apa yang kami ada. Membantu tugas dakwah yang dijalankan penasyid tanah air, itu sahaja yang terdetik di hati kami sejak mula menubuhkan Munsyeed.

Banyak pahit manis yang kami lalui bersama. Terpaksa meredah jam untuk ke lokasi sesuatu acara, kekangan masa, peristiwa website down berkali kali juga tak melemahkan kami. Kami tahu,amanah ini perlu kami pikul dengan ikhlas dan penuh iltizam.

Dan sempena penubuhan kami yang ke tiga, kami sepakat memutuskan untuk membuat transformasi drastik dengan membuat rombakkan besar-besaran bukan sahaja pada website kami, tapi juga mencorakkan kembali segala macam content, gerak kerja dan arah tuju kami.

Ya, kami sedar ramai pembaca kami mengharapkan sesuatu yang lebih baik, segar dan dinamik daripada kami. Bagi kami, sokongan daripada para pembaca sedikit sebanyak menjadi kekuatan buat kami untuk terus bertapak. Jasa kalian buat kami bukannya kecil, bahkan tak mampu buat kami membalasnya.

Buat para penasyid dan penggiat hiburan Islam, kami tak tahu bagaimana nak membalas budi atas kerjasama dan sokongan kalian. Hanya doa supaya kita sama-sama dapat memartabatkan hiburan Islam, ditahap yang lebih tinggi, setinggi awan dilangit.

Dengan lafaz Bismilahhirrahmanirrahim, kami dengan serendah hati menjemput anda menikmati pengalaman baru, lebih berani, telus dan dinamik dalam wajah baru Munsyeed Dot Com.

Terima Kasih

Aizat Ikhwan
Ketua Pengarang Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending