Connect with us

Kartun

Lima Tahun Munsyeed Disini…..

Diterbitkan

pada

DAH LIMA TAHUN?? Gila!!…. Itu ungkapan pertama saya sebaik salah seorang staff Munsyeed meng ‘remind’ saya akan ulang tahun ke lima Munsyeed.

Lima tahun, apa yang ada? Puas saya memikir sebelum mencoret di ruangan ini. Tak pasti adakah dalam ruang masa ini, kami sudah Berjaya menawan hati para penggiat atau peminat nasyid. Atau, masih dengan sifat ‘poyo’, konon nak jadi website setaraf Budiey, Beutifullnara.

Tertubuhnya Munsyeed ini. Lima tahun lepas bukan atas dasar nak kaut untung, tapi kerana minat. Kalau nak mengharap media arus perdana menulis tentang ‘hiburan Islam’, berjanggutlah nak menunggu.

Kami tahu, lima tahun kami berwadah disini bukanlah masa yang patut dibanggakan. Banyak lagi benda yang kami belum buat. Cetak rompak masih banyak. Download haram masih ditahap ‘gila babi’. Mungkin, salah kami kerana masih gagal memberi ‘educate’ kepada seluruh warga yang sayangkan nasyid.

Benar, kami bukan lakukan semua ini sepenuh masa. Masing-masing ada kerjaya dan bekeluarga. Staff Munsyeed ada yang datang dan pergi. Komitment masih menjadi isu paling besar dikalangan staff Munsyeed. Dan pernah satu ketika, kami hampir ‘tutup kedai’ angkara ketiadaan komitmen.

Bukan mudah untuk kami usahakan sebuah wadah yang mampu memuaskan hati semua pihak. Setakat kena hentam, kena kritik semua perkara biasa. Namun bagi kami satu sahaja. Kalau kami tak buat, siapa lagi?

Jadi, apa yang buat kami bertahan sampai lima tahun? Jawapan mudah. Kalian semualah kekuatan kami untuk berada disini. Kalau tidak kerana penggiat dan peminat nasyid, dah lama kami bungkus.

Moga apa yang kami buat ini, sama-sama ada manfaatnya. Jika ada salah silap, maafkan kami. Tegurlah kami.

SYUKUR YA ALLAH. TERIMA KASIH SEMUA. TERIMA KASIH PENGGIAT NASYID. TERIMA KASIH PEMINAT NASYID.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kartun

Nasib Artis Nasyid

Diterbitkan

pada

Kartun ini dihasilkan oleh AMAR.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Nasib Artis Nasyid. Karya: AMAR

Nasib Artis Nasyid. Karya: AMAR

Kartun ini disiarkan di Munsyeed{Dot}Com setelah mendapat kebenaran daripada AMAR sendiri. Terima kasih AMAR! 🙂

AMAR

AMAR

AMAR atau nama sebenar beliau Arif Muazzim Abdul Rahman (AMAR) merupakan seorang penyanyi solo yang versatil. Disamping berkebolehan melukis kartun, AMAR juga berbakat dalam bidang seni silap mata. Nama AMAR mula popular menerusi single utama beliau, Nurul Iman. Kini, AMAR bertugas sebagai peguam di firma guaman milik beliau dan rakan-rakan, Arif Muazzim, Zawani & Co.

Continue Reading

Kartun

Artis Tempatan vs Artis Luar

Diterbitkan

pada

Kartun ini dihasilkan oleh AMAR.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Artis Tempatan vs Artis Luar. Karya: AMAR

Perjalanan Hidup Seorang Artis

Diterbitkan

pada

Kartun ini dihasilkan oleh AMAR.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Perjalanan Seorang Artis. Karya: AMAR

Perjalanan Hidup Seorang Artis. Karya: AMAR

Trending