Kolum
0 comments

Revolusi Mesir: 4 Lagu Yang Wajib Didengar #R4BIA

by on January 25, 2014
 

Hari ini merupakan tarikh yang penuh dengan warna-warni. Selain pemergian Almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib (alfatihah), tarikh ini juga turut dikongsi bersama peristiwa penting perjuangan rakyat yang tercetus di Mesir (Revolusi Mesir) 3 tahun lalu. Sebagai memperingati tarikh keramat ini, kami kongsikan 4 lagu berkaitan revolusi mesir yang wajib anda dengar.

1. Ya El Medan – Cairokee feat. Aida El Ayouby

Ya El Medan merupakan antara lagu terawal mula tersebar di laman media sosial. Dinyanyikan oleh kumpulan Cairokee, Ya El Medan turut menampilkan penyanyi veteran Mesir, Aida El Ayouby sebagai pasangan duet. Berbeza dari lagu-lagu revolusi mesir yang lain, klip video Ya El Medan memaparkan visual penentangan rakyat dengan cara yang unik, tetapi mudah untuk dirasai oleh seluruh masyarakat dunia yang mengikuti perkembangan Mesir pada ketika itu.

2. Tahia Masr – Scarabeuz & Omaima

Walaupun lagu “Hold My Hand” daripada album terbaru mendiang Michael Jackson tidak mendapat respon yang menggalakkan di Malaysia, namun semangat yang dibawa oleh lagu tersebut telah berjaya merebak ke dalam setiap masyarakat Mesir dan dinding Facebook pengguna di Malaysia menerusi sebuah remake berjudul Tahia Masr. Lagu ini merupakan remake yang telah dihasilkan oleh Yassir El-Scarabeuz dan Omaima, seorang rapper German berdarah kacukan Mesir-Belanda. Menurut Scarabeuz di dalam temuramahnya bersama Al-Ahram, lagu Hold My Hand yang digunakan adalah sangat bersesuaian memandangkan semangat yang cuba dibawa oleh Michael Jackson melalui lagu tersebut menepati tema perjuangan yang ditunjukkan oleh para pemuda ketika Revolusi Mesir.

3. Syahadah Rabaah – Fetya

Selepas melihat dan merasai sendiri semangat perjuangan di medan Rabaah, kumpulan Fetya yang terdiri daripada pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar menukilkan karya penuh makna melalui Syahadah Rabaah. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan lagu ini.

4. Kaanat Ishaara – Gabungan Munsyid Antarabangsa

Kaanat Ishaara (It’s Been A Sign) merupakan karya komposer dan penyanyi Mesir, Hamed Mousa yang diciptakan khas sempena Konsert BiR R4BIA VAR yang baru sahaja berlangsung semalam di Arenamega, Turki. Konsert yang menggabungkan munsyid dari seluruh dunia termasuk Malaysia merupakan sebuah acara bagi memperingati semangat perjuangan yang telah ditonjolkan oleh para pejuang. Baca lanjut berkenaan konsert tersebut di sini. (Bahagian Mu’adz dan Daqmie bermula di minit 9:35)

– Munsyeed DotCom

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response