Kolum
1 comment

Senarai Lokasi Ujibakat Program Da’i Musim Ke-2

by on May 15, 2014
 

Stesen Televisyen No. 1 Malaysia; TV3 akan kembali dengan program Da’i Musim Kedua. Sesi ujibakat sedang giat dijalankan dimana lokasi ujibakat telah diperluaskan ke 8 lokasi utama di seluruh Malaysia.

Uji bakat Da’i yang dijalankan ini terbuka kepada lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun, lelaki dan perempuan dan warganegara Malaysia. Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan dan gambar berukuran 4R. Para peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mereka yang berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu bonus. Pertandingan ini terbuka kepada peserta yang mampu menyampaikan ceramah, tazkirah dan pidato serta mempunyai personaliti yang menarik.

Oleh itu, bagi para peserta yang berminat untuk menjadi peserta Da’i musim kedua ini, bolehlah menghadiri ke sesi uji bakat yang akan diadakan di lokasi berikut pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang,

Tarikh dan Lokasi Ujibakat Da’i

5 & 6 Mei 2014
Studio TV, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

8 & 9 Mei 2014
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

12 & 13 Mei 2014
Dewan Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

15 & 16 Mei 2014
Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

18 & 19 Mei 2014
‘Student Lounge’, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan.

21 & 22 Mei 2014
Dewan Auditorium Perpustakaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, Kuala Terengganu.

25 & 26 Mei 2014
Bilik Seminar Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

28 & 29 Mei 2014
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Kepada golongan muda yang berminat untuk menyertai program realiti Islami anjuran TV3 ini, anda bolehlah hadir ke sesi ujibakat yang diadakan berhampiran dengan tempat anda.

Tidak sabar untuk melihat senarai peserta yang terpilih untuk program Da’i Musim Kedua nanti. Harap-harap ada kenalan seorang dua yang berjaya. :)

Sumber: Media Prima Berhad.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response