Orang ramai berpeluang untuk ke lokasi alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri menerusi Fiesta Raya @ The Curve yang akan berlangsung bermula 12hb Mac hingga 9hb April 2024 di sepanjang bulan Ramadan 1445H in yang bertempat di the Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Fiesta raya @ the Curve merupakan cetusan dan ilham bersama antara ANS Diversified Sdn. bhd., Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd.
Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd. Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftara Amal bersama rumahj-rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu pengunjung jugaberpeluang membawa pulang Duit raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.
Selaku penganjur bersama NiyatEnson Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Fitri Haris, beliau berkata, sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira serat barisan artis-artis yang akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa seperti Kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, Ikhwan Fatanna dan ramai lagi.
Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makana ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. Pihak penganjur turut berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ the Curve tersebut sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.
Dengan sokongan daripada the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvillion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasa Mutiara Damansara.
Pihak penganjur turut menyasarkan lebih 500,000 pengunjung ke Fiesta Raya @ the Curve tahun ini.
Bertemakan “Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan”, Fiesta raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah salah satu lokasi yang perlu dikunjungi sepanjang Ramadan bersama keluarga bagi menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian kelengkapan persiapan Hari raya, menjelang Syawal ini.
Siapa sangka, “aura” yang dirasai peminat ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam (Ulang Tahun ke-25) pada 28 September 2025 bukan sekadar datang daripada alunan lagu-lagu penuh jiwa, tetapi turut dipacu oleh satu elemen istimewa yang menyelinap ke deria tanpa disedari iaitu wangian.
Fenomena tular yang tercetus secara tidak dirancang itu kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar apabila Earth Home Products Malaysia dan kumpulan nasyid popular tanah air, Inteam, akhirnya memeterai satu kolaborasi rasmi baru-baru ini.
Impak Dari Konsert Inteam Kasih Kekasih, Produk ‘Sold Out’!
Segalanya bermula apabila wangian yang digunakan untuk menyegarkan ruang konsert sewaktu Inteam menyampaikan lagu Setanggi Syurga mencuri perhatian penonton, lantas mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Ramai peminat berkongsi pengalaman mereka dan mula bertanya produk apa yang digunakan, sebelum ia dikenal pasti sebagai Oasis Air Fragrance Pink Blossom.
Impaknya luar biasa apabila permintaan terhadap produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom meningkat secara mendadak dan produk tersebut dilaporkan habis terjual dalam tempoh singkat. Rata-rata pasar raya besar dan kedai dalam talian mengalami kehabisan stok setelah produk ini tular pasca Konsert Kasih Kekasih Inteam.
Pengalaman Pengguna – Bina Hubungan Antara Pengguna dan Produk
Melihat keserasian semula jadi antara pengalaman konsert, reaksi peminat dan identiti jenama, Earth Home Products Malaysia mengambil langkah untuk memeterai kolaborasi bersama Inteam, menjadikan momen tular itu sebagai asas kepada satu kerjasama strategik.
Menurut Pengarah Urusan Earth Home Products Malaysia, Mr. Okada Shotaro, kolaborasi ini membuktikan betapa kuatnya pengalaman pengguna sebenar dalam membina hubungan jenama yang lebih bermakna.
“Kolaborasi ini sangat istimewa buat kami kerana ia bermula daripada reaksi tulen peminat. Apabila kami melihat bagaimana wangian ini memberi kesan emosi kepada penonton, kami sedar ia bukan sekadar produk, tetapi satu pengalaman. Inteam membawa nilai, emosi dan spiritualiti yang selari dengan falsafah Earth Home,” katanya.
Tambah beliau lagi, pihak syarikat berasa terkejut apabila permintaan produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom tiba-tiba meningkat secara mendadak dan laku keras sehinggakan stok produk ini habis dalam masa yang singkat. Walaupun pihak syarikat telah meningkatkan pengeluaran produk, tetapi permintaan terhadap produk ini masih tinggi dan berterusan.
Perkara Kecil Yang Dilakukan Dengan Ikhlas, Beri Kesan Mendalam Kepada Peminat
Bagi Inteam, kerjasama ini turut dirasakan lahir daripada satu kebetulan yang tidak disangka-sangka. Anggota Inteam, Hazamin, menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dirancang namun penuh makna.
“Kami sendiri tidak menjangka wangian yang digunakan dalam konsert akan memberi kesan sebesar ini. Apa yang berlaku membuktikan bahawa perkara kecil yang dilakukan dengan ikhlas boleh meninggalkan kesan mendalam kepada peminat. Kolaborasi ini lahir daripada suara mereka,” ujarnya.
Wangian Memberi Rasa Tenang dan Melengkapkan Emosi Lagu Inteam
Sementara itu, Syah berkata pemilihan Oasis Air Fragrance Pink Blossom begitu bertepatan dengan suasana dan mesej yang dibawa Inteam melalui muzik mereka.
“Wangian ini memberi rasa tenang dan damai. Ia seolah-olah melengkapkan emosi lagu-lagu kami, khususnya Setanggi Syurga. Apabila peminat menggambarkannya sebagai ‘syurgawi’, kami rasa ia datang daripada rasa yang sama,” katanya.
Hubungan Organik Artis, Produk dan Peminat – Rahim Inteam
Bagi Rahim, kolaborasi ini membuka dimensi baharu hubungan antara artis, produk dan peminat yang jarang berlaku secara organik.
“Ini bukan sekadar kolaborasi komersial. Ia tentang pengalaman bersama, apa yang dirasai oleh peminat, itulah yang menjadi asas kerjasama ini. Kami sangat menghargai bagaimana peminat menjadi pencetus utama,” katanya.
Muzik dan Wangian Berkongsi Bahasa Yang Sama, Bahasa Deria
Manakala Hisyam menegaskan bahawa gabungan muzik dan wangian sebenarnya berkongsi bahasa yang sama: bahasa deria.
“Muzik adalah pengalaman deria, dan wangian juga begitu. Apabila kedua-duanya bertemu secara semula jadi, hasilnya sangat kuat. Kami teruja untuk membawa pengalaman ini ke konsert seterusnya,” jelasnya.
Wangian Eksklusif Konsert Inteam 1 Februari 2026
Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Oasis Air Fragrance Pink Blossom (24ml) dipilih sebagai wangian eksklusif kolaborasi dan akan ditaja oleh Earth Home Products Malaysia untuk Konsert Inteam pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert itu dijangka menghimpunkan lebih 9,500 penonton, dengan 80 peratus tiket telah terjual setakat ini.
Produk berkenaan turut boleh didapati menerusi kedai rasmi Earth Home dan Inteam di platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Kerjasama ini dimeterai secara rasmi menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian di Pejabat Earth Home Products Malaysia, Phileo Damansara, dan disifatkan sebagai simbol kolaborasi berasaskan komuniti peminat serta pengalaman pengguna sebenar.
Dan kali ini, jelas sekali: bila peminat “bersuara”, momen tular boleh bertukar menjadi sejarah, lengkap dengan satu “wangian” yang akan terus dikenang sampai bila-bila oleh peminat yang telah hadir ke Konsert Inteam Kasih Kekasih dan yang bakal hadir ke Konsert Inteam Nur Kasih 1 Februari 2026 nanti.
“Lagu-lagu Inteam buat saya rasa tenang..” – Mr Okada
Pada sesi soal jawab bersama media, Mr Okada Shotaro turut ditanya, adakah beliau mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam? Sambil ketawa beliau menjawab, “Saya adalah orang Jepun yang tidak pernah mengenali kumpulan Inteam sebelum ini. Tetapi selepas produk ini tular dan berpunca dari konsert Inteam, saya mula mendengar lagu-lagu kumpulan Inteam. Walaupun tidak memahami, tetapi saya sukakan lagu-lagu dari kumpulan Inteam. Ia tenang dan buat saya berasa selesa. Adakalanya saya akan menyembur produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom dan ia melengkapkan pengalaman mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam ini,” jelas Mr Okada.
Komposer dan penyanyi terkenal, Sami Yusuf, baru-baru ini mengumumkan pelancaran The Sami Yusuf Circle – sebuah komuniti eksklusif untuk ahli (members-only) yang disifatkannya sebagai ruang kreatif eksklusif untuk mendekatkan peminat dengan muzik, idea serta perjalanan di sebalik karya-karyanya.
Menurut perkongsian Sami, Circle diwujudkan bagi membuka peluang kepada peminat untuk berhubung secara lebih dekat melalui sesi live Q&A, live listening session, akses awal pelancaran muzik baharu, dan momen behind-the-scenes dari konsert serta studio—seolah-olah “mengalami perjalanan dari dalam”.
Menariknya, platform ini turut disusun seperti beberapa “ruang” khas untuk ahli, antaranya:
The Video Room: rakaman eksklusif, footage belakang tabir dan insight proses kreatif.
The Listening Room: podcast eksklusif oleh Sami, perbualan bersama tetamu serta playlist kurasi.
The Reading Room: nota peribadi, refleksi, “thoughts of the day”, serta cadangan buku dan muzik setiap bulan.
Private Community Chat: ruang komuniti tertutup untuk ahli berinteraksi dan berkongsi pandangan.
Dalam masa sama, Sami juga menyatakan akan berkongsi esei, podcast, nota peribadi, serta compositional insights, termasuk segmen Members’ Spotlight yang mengangkat komuniti sebagai “watak utama”.
Bagi yang mahu mencuba, Circle menawarkan percubaan percuma 7 hari, dengan yuran langganan dinyatakan USD30/sebulan di laman pendaftaran.
Untuk info lanjut dan pendaftaran, rujuk laman rasmi: circle.samiyusuf.art
Selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan karya solo, penyanyi berbakat besar Naufal Azrin akhirnya kembali menyapa peminat menerusi single terbaharu berjudul “Cinta Ini” — sebuah karya penuh emosi yang menandakan kemunculan semula beliau dalam landskap muzik tempatan.
Menariknya, “Cinta Ini” hadir dengan sisi yang lebih matang, sekali gus memperlihatkan perkembangan vokal serta interpretasi Naufal yang semakin kemas. Lagu ini mengangkat tema cinta yang jujur dan mendalam, seolah-olah menjadi “jambatan” buat Naufal untuk kembali mengikat hubungan dengan peminat yang sekian lama menanti kemunculan terbaharunya.
Lebih istimewa, lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Juara Lagu AJL Ke-39, Wan Saleh, yang kian mencuri perhatian menerusi sentuhan muziknya yang segar serta dekat dengan citarasa pendengar masa kini. Gabungan emosi lagu dan karakter vokal Naufal menjadikan “Cinta Ini” sebuah karya yang dijangka mudah melekat di hati.
Dalam perkembangan sama, “Cinta Ini” turut mencatat satu lagi detik penting apabila menjadi single sulung Naufal Azrin di bawah naungan label Negrizen Music. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan Naufal di industri muzik, selain membuka ruang untuk memperluaskan jangkauan karya beliau ke tahap yang lebih tinggi.
Single “Cinta Ini” kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital utama, dan diharap dapat diterima baik oleh pendengar serta menjadi penanda aras baharu buat perjalanan seni Naufal Azrin.