Semangat dan kecaknaan para penggiat nasyid buat penduduki Gaza terus tersemat. Tanggungjawab untuk menjadikan isu ini sebagai satu isu ummah menjadi teras mereka.
Untuk itu, pada tahun ini Rabbani Production sekali lagi menganjurkan sebuah konsert bertajuk ‘Ana For Gaza’ yang menampilkan artis-artis nasyid terkemuka tanah air.
Konsert tersebut bakal berlangsung pada 30 Julai 2011 jam 8.30 malam bertempat di Stadium Kajang, Selangor. Antara artis yang bakal terlibat dalam persembahan pada malam itu ialah Saujana, Rabbani, Nowseeheart, Inteam dan Aisyah. Manakala pendakwah terkenal Dato’ Ustazah Siti Norbahyah dan aktivis Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar turut akan menyerikan malam itu.
Difahamkan juga, konsert tersebut akan turut diselingkan dengan karnival yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Julai 2011
Dalam pada itu, Rabbani Production buat sekalian kalinya pada tahun ini menganjurkan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani sempena penganjuran konsert Ana For Gaza.
Pertandingan yang bakal diadakan pada 29 Julai 2011 bertempat di Stadium Kajang, Selangor adalah dibuka kepada semua penasyid berkumpulan warganegara Malaysia.
Diantara syarat pertandingan tersebut ialah
– Ahli Kumpulan (4 hingga 7 orang)
– Terbuka untuk warganegara Malaysia
– Berumur 13 tahun ke atas.
Tarikh tutup penyertaan sebelum 22 Julai 2011. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Encik Syukri ditalian 016-2385788 atau melayari laman web www.nasyeed.com atau facebook/nasyeedcom