Categories: Terkini

Rumah CEO Nasyeed.com Terbakar

Satu kebakaran berlaku di sebuah rumah milik Ketua Pegawai Esekutif Nasyid.com berlaku awal pagi tadi.

Mengikut satu sumber berita yang disampaikan oleh salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ubaidillah, kebakaran tersebut berlaku awal pagi tadi di kediaman Zuwairi.

Menurut cerita,  kebakaran berlaku pada waktu dimana keluarga beliau sedang membuat persiapan bersahur bagi melakukan puasa sunat. Kami juga difahamkan bahawa lebih 95% rumah tersebut mengalami kerosakan. Kebakaran tersebut dipercayai akibat dapur gas.

Untuk rekod, Zuwairy Che Ramli adalah CEO sebuah syarikat produksi dan pengurusan Acara, Nasyeed.Com. Syarikat tersebut aktif dalam penerbitan album nasyid dan juga menguruskan acara-acara terutama berkaitan nasyid. Beliau juga adalah salah seorang penggerak utama Munsyid Malaysia

Rata-rata para penasyid yang ditemui turut bersimpati dan mengucapkan takziah buat beliau serta memberi kata-kata semangat. Kami di Munsyeed.com berdoa agar saudara Waie  tabah dalam menghadapi ujian ini.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago