Categories: Terkini

Konsert Zikir Terapi Ke Selatan

Selepas kejayaan konsert Zikir Terapi Diri yang diadaakan sempena Maal Hijrah yang lepas, Hafiz Hamidun nekad  untuk meneruskan lagi konsert tersebut. Namun kali ini, nun jauh di selatan tanah air.

Menerusi syarikatnya, Arteffect, beliau bakal sekali lagi mengadakan konsert Zikir Terapi Diri yang berskala besar. Kali ini, Stadium Tertutup Johor Bahru telah dipilih untuk dijadikan venue buat konsert tersebut.

Konsert yang bakal menjadi tumpuan para peminat khususnya di sekitar Johor dan Singapura ini bakal berlangsung pada 23 Februari 2013 ini jam 8.30 malam.

Menurut Hafiz, ia merupakan salah satu cara penyebaran dakwah yang dicetuskan beliau melalui konsep zikir. Katanya lagi, konsert tersebut bakal menjelajah ke negeri lain pula dan akan diumumkan kelak.

“Banyak respons daripada peminat di laman sosial,  mereka tak dapat menyaksikan konsert sebelumnya. Jadi untuk konsert kali ini, saya menyasarkan 4,000 penonton yang  bakal menyaksikan konsert kali ini.”Ujarnya.

Konsert kali ini juga bakal menyaksikan penampilan beberapa artis selain gimik yang dirancang. Difahamkan, Lok-U bakal memikul tanggung jawab sebagai pengarah muzik dalam konsert kali ini.

Tiket yang berharga RM38, RM78, RM118 dan RM158 boleh ditempah dengan menghubungi talian 03-77271297 dan 012-2251297.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago