Sambutan Maulidur Rasul lazimnya akan ada artis-artis yang bakal menerbitkan album khas yang diisi dengan karya yang mengingati Rasulullah SAW. Permintaan album sebegini sememangnya banyak dan mempunyai sasaran pendengarnya sendiri.
Tak terkecuali UNIC, yang turut merakamkan album yang bertajuk Selawat Relaksasi sebagai buah tangan buat peminat mereka sempena sambutan Maulidur Rasul ini.
13 track selawat yang dimuatkan dalam album ini digarap dengan menampilkan beberapa kelainan dari segi susunan muzik, melodi. Istimewanya, mereka turut menyelitkan elemen relaksasi di dalam album ini.
Di samping itu, selain dapat meningkatkan kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah s.a.w lebih – lebih lagi pada hari keputeraan Baginda ini, selawat yang terdapat di dalam album ini juga turut disertakan bersama dengan maksud bagi setiap track pilihan.
“Elemen meditasi yang cukup kuat di dalam album ini turut berjaya membuai para pendengar dengan satu perasaan yang cukup melegakan tiap kali mendengarnya, tambahan pula jika mereka sedang berada dalam keadaan stress mahupun ketegangan fikiran.”Menurut kenyataan media yang dikeluarkan UNIC”
Selain itu, muzik hasil susunan Along Exist ini juga tampak begitu halus dan teliti dalam meresapi rohani dan jasmani si pendengar.
Selain itu, UNIC turut percaya bahawa selawat di dalam album ini juga mampu menurunkan gelombang di dalam badan pendengar sekaligus meletakkan pendengar sentiasa dalam keadaan tenang, aman dan lapang.