Pencalonan Maher Zain di dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 menjadi isu hangat apabila wujud salah faham mengenai lagu Maher Zain yang tercalon di dalam AIM 18.
Kontroversi ini tercetus apabila kebanyakkan peminat muzik di laman sosial Twitter beranggapan bahawa Maher Zain tidak layak dicalonkan di dalam AIM 18 melalui lagu Insha Allah kerana lagu ini berbahasa Inggeris. (Rujuk hash tag berikut- #AIM18 di Twitter).
Namun, isu ini diperjelaskan oleh komposer terkenal, Frizdan Fizarahman yang muncul dengan status berikut di Twitter:
Get 3 nomination at
#AIM18 including
@MaherZain Insha Allah (Malay Version) in the category “Best Malay Song Performed by Foreign Artist”
Untuk makluman semua, Maher Zain telah tercalon dalam top 5 bagi kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara AIM 18 melalui lagu Insha Allah versi Bahasa Melayu.
Album Maher Zain – Thank You Allah, Platinum Edition
Lagu Insha Allah versi Bahasa Melayu ini telah dinyanyikan oleh Maher Zain dalam Bahasa Melayu dari awal lagu hingga ke akhir dan lagu ini dimuatkan dalam album Maher Zain Thank You Allah Platinum Edition. Ini menjadikan Maher Zain satu-satunya Artis Antarabangsa Bukan Melayu yang menyanyikan lagu Bahasa Melayu dari awal hingga akhir lagu tersebut.
Lagu Insha Allah versi Bahasa Melayu ini mendapat sentuhan lirik oleh Frizdan Fizarahman.
Maher Zain berkesempatan merakamkan lagu ini di Studio Inteam pada hujung tahun 2010. Maher Zain juga ada menyampaikan lagu Insha Allah versi Bahasa Melayu ini sewaktu Maher Zain Live In Concert yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Februari 2011.
Maher Zain during Maher Zain Live In Concert 2011.
Justeru, tidak timbul isu Maher Zain tidak layak dicalonkan dalam kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara di dalam AIM 18 memandangkan lagu yang dicalonkan adalah lagu berbahasa Melayu.
Berikut adalah lirik penuh lagu Insha Allah Versi Bahasa Melayu:
.
Insha Allah (Versi Bahasa Melayu)
Lagu: Maher Zain
Lirik asal: Maher Zain & Bara Kherigi
Lirik Bahasa Melayu: Frizdan
.
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insha Allah (3x)
Ada jalannya
Insha Allah (3x)
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar.
-Munsyeed{Dot}Com.