Krismas: Dawud Wharnsby dan Emosi Kita

Saban tahun, setiap kali tanggal 25 Disember tiba, pasti kita akan bersama menyaksikan perbincangan mengucapkan selamat bersempena sambutan Hari Natal bagi penganut Kristian. Terlalu banyak maklumat, perbahasan dan pandangan untuk ditelaah jika meja pembentangan dibuka.

Namun, apa pula respons kita dalam industri kreatif? Ayuh! Mari berbicara jantan dan matang, bahawasanya tiap satu dari Muslim yang berdiri di muka bumi, adalah pendakwah; Penyebar Rahmat.

Ya. Harus! Wajar untuk kita terdorong dengan mesej yang dibawa oleh Dawud Wharnsby; seorang pemuisi, penulis lagu, penyanyi dan pendakwah berasal dari Canada ini, melalui karya dan video muzik terbaharunya yang berjudul “All of Us”. Video yang memaparkan gambaran kisah hamba – hamba Allah yang runsing dengan kehidupan masing – masing, sering akan kembali kepada Tuhan-Nya.

All of Us. Kesemua kita. Ya! Kita semua memerlukan Tuhan. Dan, Allah yang Maha Pengasih itulah yang seharusnya dituju. Kita berbeza agama, ras dan budaya. Lebih mencengkam perbualan apabila menitik-beratkan norma agama. Namun, itu tidak menghalang untuk kita mengangkat emosi menuju Tuhan.

autoplay=1

All of us
Ride in the same bus
Shop at the same malls and stores

All of us
Debate and discuss,
Decide and divide what is mine and what’s yours.

But when it rain,
It rains on all our houses.
We all get cold when it snows

Muslim harus beremosi menuju Tuhan. Kerana iman terhadap Allah itu, bukannya untuk disimpan-simpan. Bahkan, lekatnya di hati itu, memang tersedia untuk merayap keluar dilebarkan. Sudah, bagaimana mahu dilebarkan, kalau emosi menyebar itu tiada?

Hanya kerana berbeza agama, tidaklah memustahilkan untuk menyantuni dan mengangkat mesej Rahmat kepada teman-teman senegara yang menganut Kristian.

Ayuh, marilah menyeru ke arah Tuhan. Di Hari Krismas ini, wajarlah kita gandakan usaha menyebarkan Rahmat Islam dalam menuju Tuhan, dengan menyebarkan lagu-lagu seperti ini. Dengan Rahmat Allah jualah, kita hidup bersama.

You and I,
Wonder at the sky
call God a different name

As we try,
learn and long to fly
You and I are so differently the same

Subhanallah! Cubalah bertindak. Kerana apabila benar-benar menghayati lagu seperti ini, sudah pasti kita mampu menemukan titik untuk kita semua memeluk kasih sayang Allah yang tererat, tanpa membeza-bezakan walau seorang pun.

Ha! Sudah berapa kali ulang video ini? Ulang lagi dan lagi, dapatkan emosi itu. Kita kan pendakwah! Ini bukan soal menyamaratakan agama. Ini soal kita, dalam menyebar Rahmat.

[alert]Nota : Video muzik ini juga boleh ditonton secara langsung di webTV Deen.TV.[/alert]

[signoff icon=”icon-flag”]Ditulis oleh Thaaqhib Mohammed. Beliau merupakan salah seorang pengkritik filem tempatan dan antarabangsa di www.wayang.my. Artikel ini dihantar kepada Munsyeed{Dot}Com untuk dikongsikan bersama para peminat hiburan Islam di sini. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel kepada kami, sila emailkan ke admin@localhost.[/signoff]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago