Categories: PengumumanProgram

Sambut Tahun Baru 2014 Bersama Selebriti IKIM

Ingin menyambut tahun baru bersama rakan-rakan?

Masih tercari-cari majlis yang bersesuaian untuk seisi keluarga dan bertaraf PATUH SYARIAH?

Mungkin ini alternatif yang terbaik untuk anda.

IKIMfm dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Galeri Ilmu Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Mahabbah IKIMfm bermula dari 31 Disember sehingga 1 Januari 2014.

Bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, karnival yang diuruskan oleh Rabbani Productions (M) Sdn Bhd ini bakal menyajikan para pengunjung dengan pelbagai seleksi acara yang menarik di antaranya ialah siaran langsung Maulid@IKIMfm, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Forum Bicara Ad-Deen, Pertandingan Futsal Persahabatan dan banyak lagi.

Antara selebriti yang bakal menceriakan lagi Karnival Mahabbah IKIMfm pada kali ini ialah UNIC, Rabbani, Ustaz Mohammad Abdullah, Ustaz Pahrol Mohammad Juoi dan beberapa personaliti IKIMfm seperti DJ Faiz dan DJ Syafiq.

Berikut adalah aturcara Karnival Mahabbah IKIMfm @ Masjid Usamah 2013:-

[tabs style=”nav-tabs”]
[tab title=”31 Disember 2013″]

7.30 – 9.00 malam
Forum Bicara Ad-Deen

9.30 – 10.00 malam
Majlis Perasmian Karnival IKIMfm @ Masjid Usamah 2013
oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah IKIM

10.00 – 12.00 malam
Maulid@IKIMfm (Siaran Langsung)

[/tab]
[tab title=”1 Januari 2014″]

3.30 pagi
Qiamullail

6.15 pagi
Kuliah Subuh

7.30 – 9.00 pagi
Senamrobik – Taici

9.00 – 11.00 pagi
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

9.30 – 11.00 pagi
Segmen Dari Konti ke Pentas (Siaran Langsung)
Islam Itu Indah: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

11.00 – 1.00 tgh
Pertandingan Menghias Kek bersama ANIS
Kategori Kanak-Kanak & Dewasa

2.00 – 3.30 ptg
Segmen Dari Konti ke Pentas (Siaran Langsung)
Pesona D’Zahra: Ustaz Mohammad Abdullah

2.00 – 4.00 ptg
Demonstrasi/Pertandingan Memasak

5.00 – 6.30 ptg
Pertandingan Futsal Persahabatan

5.15 – 6.30 ptg
Segmen Dari Konti ke Pentas (Siaran Langsung)
Usrah Nurani: Ustaz Zulramli M. Razali

[/tab]
[/tabs]

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago