Connect with us

Kelab Peminat

KTI Anjur Outing Photography Bersama Firdaus Mahadi

Diterbitkan

pada

Komuniti Teman Inteam (KTI) akan menganjurkan sesi Outing Photography Bersama Firdaus Mahadi. Program berkonsep santai ini akan membantu para peserta mendalami ilmu fotografi dari aspek teori mahupun amali.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 Jun 2011 (Ahad)
Tempat : Kawasan berhampiran Masjid Besi, Putrajaya
Jumlah peserta : 30 orang
Yuran : RM30

Tentatif

7.30 pagi : Pendaftaran para peserta
8.30 pagi : Pembelajaran secara teori
10.30 pagi : Praktikal mengambil gambar (Sesi 1)
11.30 tghari : Makan tengahari
12.30 ptg : Rehat & Solat Zohor
2.00 ptg : Praktikal mengambil gambar (Sesi 2)
3.15 ptg : Sesi Soal Jawab
4.15 ptg : Solat Asar
5.00 ptg : Bersurai

Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Untuk maklumat lanjut, layari Komuniti Teman Inteam.

Untuk rekod, Firdaus Mahadi merupakan seorang photographer profesional yang terkenal dengan hasil sentuhan kreatif beliau. Beliau yang juga Sifu seni khat di USIM pernah terlibat dalam sesi fotografi untuk kulit album Hijjaz dan hasil kerja kreatif yang lain. Pada awal tahun ini, Firdaus Mahadi telah dilantik oleh Inteam Records dan para penganjur Maher Zain Live In Concert 2011 untuk menjadi photographer rasmi konsert bertaraf antarabangsa tersebut. Untuk melihat lebih dekat hasil sentuhan kreatif beliau, layari www.firdausmahadi.com. (Laman web rasmi Firdaus Mahadi).  -MUNSYEED.COM

Iklan
3 Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Awakening Records Lancar Aplikasi Radio Atas Talian

Diterbitkan

pada

Awakening Records merupakan sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang telah melahirkan artis-artis nasyid terkenal yang berjaya diperingkat global. Antara nama-nama besar yang bernaung di bawah syarikat ini ialah Maher Zain, Harris J, Raef, Hamza Namira dan yang terbaru ialah penyanyi terkenal dari Kuwait, Humood Alkhudher yang popular dengan gelombang Kun Anta di seluruh dunia.

Selepas menerbitkan aplikasi khusus buat peminat Harris J, Awakening Records hari ini telah mengumumkan sebuah lagi aplikasi yang dinamakan sebagai Awakening Radio.

Awakening Radio

Aplikasi radio atas talian daripada Awakening Records.

Awakening Radio merupakan sebuah aplikasi radio atas talian yang menyajikan siaran tanpa henti seleksi lagu-lagu nasyid secara percuma daripada artis yang bernaung di bawah label Awakening Records. Melaluinya, pengguna juga akan turut sama dihidangkan dengan beberapa temubual eksklusif serta siaran konsert live yang melibatkan artis Awakening.

Selain beberapa kandungan asas seperti lagu, klip video rasmi, carta dan info terkini, pengguna juga diberi ruang untuk berinteraksi bersama pengguna lain melalui fungsi “Radio Community”. Walau bagaimana pun akses penuh kepada fungsi ini hanya terhad kepada pengguna berdaftar sahaja.

fungsi radio

Beberapa fungsi lain dalam aplikasi Awakening Radio.

Sedang mencuba fungsi yang terdapat pada aplikasi Awakening Radio.

Sedang mencuba fungsi yang terdapat pada aplikasi Awakening Radio.

Awakening Radio ditawarkan secara percuma menerusi App Store bagi pengguna iOS dan juga di Google Play Store untuk pengguna Android. Sekiranya anda meminati artis-artis naungan Awakening Records, Awakening Radio adalah aplikasi yang wajib anda miliki.

– Munsyeed

Continue Reading

Berita

Gambar Sesi Meet & Greet Humood Alkhudher Di Talent Lounge

Diterbitkan

pada

Gambar sekitar perjalanan majlis sesi bertemu peminat Humood Alkhudher yang telah berlangsung di Talent Lounge, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Terima kasih kepada Inteam Records kerana sudi mempertemukan Munsyeed dan para peminat bersama Humood Alkhudher.

Baca artikel berkaitan Humood Alkhudher.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Nantikan kemunculan Humood Alkhudher yang seterusnya pada Oktober ini di dalam Konsert Ku Mohon anjuran Islamic Relief Malaysia.

Wartawan & Jurugambar Lokasi: Ahmad Faizal @ Dar-Sandur.

– Munsyeed

Continue Reading

Berita

Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam Meriah!

Diterbitkan

pada

Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam 1435H.

Setelah hampir setahun menyepikan diri, Komuniti Teman Inteam (KTI) sekali lagi menganjurkan acara tahunan mereka iaitu Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam 1435H.

Majlis ini telah diadakan pada Jumaat lepas, 12 Julai 2014 bertempat di pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara.

Kira-kira 30 orang ahli KTI hadir ke majlis tahunan ini. Menurut salah seorang ahli KTI yang kami hubungi, Majlis Iftar KTI tahun ini telah digerakkan oleh Muhammad Nazri bagi pihak KTI dan Amin Inteam bagi pihak Inteam Records.

“Sewaktu awal Ramadhan lalu, Nazri ada hubungi kami di Facebook dan di laman Whatsapp mengenai majlis ini. Ia bagaikan majlis reunion bagi kami setelah lama tidak bertemu dan berprogram bersama.”

“Alhamdulillah, ramai ahli KTI baru dan lama yang hadir ke majlis ini. Ukhwah diantara kami juga bertambah erat dan saya berharap ada program selanjutnya yang akan dianjurkan oleh KTI dan Inteam Records.”

Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam ini dimulakan dengan acara doa selamat dan tahlil. Diikuti dengan acara berbuka puasa sughra. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, para peserta menikmati juadah berbuka puasa sambil beramah mesra bersama kumpulan Inteam.

Para peserta juga menunaikan solat Isyak dan Solat Terawikh secara berjemaah sebagai acara penutup.

Selain kumpulan Inteam, majlis ini turut diserikan oleh para isteri dan anak-anak ahli kumpulan nasyid popular tersebut. Pastinya keletah Inteam Junior ini mendapat perhatian para peserta yang hadir di majlis iftar tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Komuniti Teman Inteam dan Inteam Records diatas penganjuran majlis ini.

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment