Categories: BeritaTempatan

“Lagu raya special ni! Jazz ada, pop ada, broadway pun ada…” – 4 Penasyid Bergabung Dalam Syawal Mulia

Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan kehadiran single baharu bertajuk Syawal Mulia, hasil kolaborasi empat artis nasyid terkemuka tanah air – Intisor, Citrawi, Fourwords, dan Syamsul Aidil.

Diterbitkan oleh Intisor Media Network dengan kerjasama New Southern Records Sdn. Bhd., lagu ini membawa kelainan dengan gabungan elemen jazz, pop, muzikal, dan Broadway, mencipta suasana lagu segar yang menarik perhatian generasi muda.

Lagu Penuh Keceriaan & Makna
Dicipta sepenuhnya oleh Qamar Intisor, dengan susunan muzik oleh Raja Farhan, Syawal Mulia membawa mesej kegembiraan dan kesyukuran menyambut Syawal, sambil menekankan nilai kekeluargaan dan persaudaraan.

Paduan vokal keempat-empat kumpulan nasyid ini menambahkan lagi keunikan lagu yang penuh semangat ini.

Muzik Video & Penampilan Istimewa
Lebih menarik, muzik video rasmi Syawal Mulia turut dimeriahkan dengan penampilan khas pempengaruh popular Vijay Thirackumar dan Omar Marimari sebagai cameo, memberikan sentuhan kreatif dan nilai komersial kepada karya ini.

Sokongan & Harapan
Single ini turut mendapat sokongan daripada beberapa jenama tempatan seperti Lozira Collection, Labisuka Coffee, Nasi Lemak Dendeng, Nasi Lemak Nyonya Tan & Kuih Tart Nostalgia Mak Timah.

Dengan gabungan melodi segar dan mesej yang bermakna, Syawal Mulia dijangka menjadi salah satu lagu raya yang akan kekal di hati peminat nasyid serta penggemar muzik tanah air.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago