Categories: BeritaTempatan

“Video raya paling rare…” – Peminat Kagum Video Muzik Raya Inteam Guna Konsep ‘One-Take Shot’

Menjelang bulan Syawal yang bakal tiba, Inteam Records tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Taqabbalallah Raya. Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Syah Inteam dan dinyanyikan oleh barisan artis di bawah label tersebut, termasuk kumpulan Inteam, Husaini Mahmur, Mateen, dan Yusuf Kassim.

Lebih menarik, penghasilan video muzik Taqabbalallah Raya turut mencipta kenangan tersendiri bagi artis serta tenaga produksi.

Pengarah Video Muzik, Rasyid Amir atau lebih dikenali sebagai Mino, berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan muzik video tersebut yang dilakukan dengan konsep unik dan istimewa.

Inteam bersama Ustaz Husaini Mahmur dan Farid Kassim

“Alhamdulillah, satu kenangan yang indah dan menarik dalam penghasilan muzik video raya ini kerana dapat berkumpul semua artis Inteam Records. Idea asalnya ialah untuk menghasilkan muzik video yang sederhana tetapi sampai kepada penonton. Jadi, konsep ‘one-take shot’ dipilih kerana ia menarik, cuma perlu disusun agar kelihatan lebih kemas,” ujarnya.

Menurut Mino, kerjasama daripada semua artis sangat baik sehingga proses penggambaran berjaya diselesaikan dalam tempoh hanya 10 minit. Latihan juga dilakukan secara santai dan hanya memerlukan satu hingga dua kali percubaan sebelum rakaman sebenar.

Kejayaan video muzik ini adalah hasil kerjasama baik antara barisan artis dan tim produksi Inteam Film dibawah arahan Mino.

Video muzik ini turut mendapat perhatian peminat yang memuji pendekatan unik yang digunakan. “Video raya paling rare, one-shot take ni…” komen salah seorang peminat yang kagum dengan konsep yang diketengahkan.

Lagu Taqabbalallah Raya dijangka menambahkan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan mesejnya yang menyentuh hati serta melodi yang mengasyikkan.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago