Categories: BeritaTempatan

“Lama betul NowSeeHeart peram lagu ini…” – Ahlan Ramadan Buah Tangan Terbaru NowSeeHeart

Kumpulan nasyid tersohor Malaysia, NowSeeHeart, kembali dengan sebuah karya istimewa berjudul Ahlan Ramadan, bersempena dengan kedatangan bulan penuh keberkatan tahun ini.

Lagu ini menambah lagi koleksi karya mereka yang sebelum ini terkenal dengan lagu Damai Yang Hilang dan Kuharap Cinta, yang masih segar dalam ingatan peminat.

Menurut Azahari NowSeeHeart, pencipta lagu dan penulis lirik Ahlan Ramadan, karya ini menyoroti kebesaran dan keistimewaan Ramadan, mengajak umat Islam untuk menghargai serta merebut segala kelebihan yang terkandung di dalamnya.

Walaupun lagu ini baru sahaja dilancarkan pada tahun ini, tetapi menyoroti saluran Youtube NowSeeHeart, mereka pernah menyanyikan rangkap pertama lagu ini sewaktu membuat ucapan Selamat Menyambut Ramadan 10 tahun lalu. Lama betul mereka ‘peram’ lagu ini!

Melibatkan Nama-Nama Besar Dalam Industri

Idzhar menjelaskan proses rakaman Ahlan Ramadan melibatkan tenaga kreatif berpengalaman dalam industri muzik tanah air.

“Susunan muzik indah lagu ini mendapat sentuhan Eddie Marzuki, manakala rakaman dilakukan secara langsung dengan pemuzik terkenal seperti Ujang Exist (dram), Eddie Marzuki (gitar & bass), serta Mai Fusionista (perkusi),” ujar Idzhar.

Untuk memberikan bunyi yang segar dan menyentuh perasaan, rakaman bahagian ‘strings’ turut dilakukan secara langsung. Bunyi violin, viola, dan cello yang tersusun rapi menjadikan lagu ini lebih berkesan dalam menyampaikan mesejnya.

Menurut Azahari, pemilihan elemen ini bertujuan memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada para pendengar.

Kini Boleh Didengar Di Semua Platform Digital

Bermula 3 Mac 2025, Ahlan Ramadan telah dimuat naik ke pelbagai platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, iTunes, Tidal, Deezer, Amazon Music, dan YouTube.

Sariman NowSeeHeart mengajak peminat untuk menikmati karya terbaru mereka di platform penstriman muzik digital pilihan.

Sementara itu, Huzaimi NowSeeHeart pula menzahirkan harapan agar sokongan padu terus diberikan kepada NowSeeHeart yang masih aktif dan komited dalam berkarya.

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan sebarang undangan persembahan, peminat boleh mengikuti NowSeeHeart di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Bersempena bulan Ramadan ini, Ahlan Ramadan hadir sebagai santapan rohani yang mampu menyentuh jiwa serta menyemarakkan lagi semangat keinsafan dan ibadah di kalangan pendengar.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago