Categories: BeritaTempatan

Izwan NICE Tampil Dengan Single Solo “Suci” – Monolog Pengabdian Seorang Hamba

Izwan Musai, anggota kumpulan nasyid NICE, muncul dengan single solo terbaru berjudul Suci.

Lagu ini merupakan ciptaan komposer Akmal SAJA, Shah Reezal dan Mustakim. Manakala lirik pula hasil kolaborasi Akmal SAJA, Nawzi iaitu Izwan sendiri dan Awan J.

Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi sebuah monolog penuh makna tentang pengabdian dan cinta seorang hamba kepada Penciptanya.

Mengangkat tema keinsafan dan taubat nasuha, Suci hadir tepat pada waktunya, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Liriknya menggambarkan harapan setiap insan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta meraih malam penuh keistimewaan, Lailatul Qadar – malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Menurut Izwan, berdasarkan rekod di Spotify, lagu Suci mendapat jumlah pendengar yang ramai dari Indonesia, diikuti Malaysia dan Thailand.

Masih Anggota Kumpulan NICE

Walaupun lama menyepikan diri dari seni suara, Izwan memaklumkan yang minat beliau terhadap nasyid tidak pernah luntur.

NICE masih ada dan tidak pernah dibubarkan. Cuma, masing-masing mempunyai komitmen tersendiri dan Izwan menghormati perkara itu.

Izwan berharap agar para pendengar dapat memberi sokongan kepada karya terbaru beliau ini dan berharap ia menjadi satu peransang untuk beliau kekal berkarya di masa akan datang.

Izwan turut menzahirkan penghargaan kepada pendengar yang telah menyokong dan menghayati lagu ini.

“Terima kasih bagi yang telah mendengarkan dan menghayati. Bagi yang belum, boleh dengarkan, hayati, dan ringan-ringankan jari jemari untuk berkongsi kepada lebih ramai orang supaya manfaat baik ini dapat disebarkan kepada seluruh umat,” ujarnya.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada mereka yang telah subscribe, menonton, memberi komen, dan berkongsi lagu ini.

“Hanya Allah yang dapat membalasnya,” katanya.

Semoga lagu ini menjadi satu lagi peringatan buat kita semua dalam mencari keampunan dan rahmat Allah, khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago