Categories: BeritaTempatan

“Banyaknya Program Sempena Ramadan di TV AlHijrah!”

TV AlHijrah kembali dengan program istimewa sempena Ramadan dan Syawal 1446H, menampilkan pelbagai kandungan bermutu yang menyentuh hati serta membimbing jiwa.

Bertemakan “Ramadan: Merindui Taubat Hamba-Nya, Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan”, rangkaian program kali ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dalam satu majlis gilang-gemilang.

Turut hadir, Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Bin Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif, Namanzee Bin Harris, barisan kepimpinan stesen, asatizah, personaliti media, serta wakil Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran KL Selangor (PKOPKS) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA).

TV AlHijrah: Penyiaran Islam Berasaskan Ilmu

Dalam ucapannya, YB Dr. Mohd Na’im menegaskan bahawa TV AlHijrah bukan sekadar sebuah stesen penyiaran, malah berperanan sebagai institusi pendidikan yang menyampaikan ilmu Islam dengan pendekatan moden dan interaktif.

“TV AlHijrah perlu terus relevan dalam era digital ini. Dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI) dan pelbagai platform media sosial, cabaran semakin besar. Oleh itu, stesen ini mesti kekal sebagai sumber rujukan Islam yang sahih, mendidik penonton dengan kandungan berkualiti tinggi yang mampu menarik perhatian masyarakat,” katanya.

Beliau turut berkongsi pencapaian cemerlang TV AlHijrah pada Ramadan lalu, yang mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap kandungan Islamik yang disiarkan.

Statistik menunjukkan peningkatan tontonan di platform AlHijrah Plus sebanyak 183%, manakala capaian di Facebook meningkat 105% sepanjang Ramadan 2024.

Cinta Ilmu TV AlHijrah

Sajian Program Ramadan & Syawal 1446H

Ramadan ini, TV AlHijrah menyajikan pelbagai program khas untuk memperkaya rohani penonton. Antaranya:

  • Peristiwa Wanita Akhir Zaman – Perbincangan interaktif tentang cabaran wanita masa kini dalam konteks Islam.
  • Tadarus On The Go – Program tadarus al-Quran setiap malam dengan penyertaan langsung penonton bersama qari pilihan.
  • Jalan Taubat – Kisah perjalanan individu dalam mencari keampunan dan hidayah.
  • Qalbun Saleem, Cinta Ilmu Istimewa Ramadan & Khatam Ramadan 1446H – Program pengisian jiwa yang memperkukuh hubungan dengan Allah.

Dengan pelbagai kandungan menarik, TV AlHijrah mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghidupkan Ramadan dengan ilmu dan ibadah.

Dapur Nenek TV AlHijrah

“Ramadan adalah bulan untuk memperbaiki diri, menguatkan ukhuwah, dan membentuk masyarakat yang lebih harmoni. Marilah kita bersama-sama mengambil peluang keberkatan bulan ini untuk kembali kepada fitrah yang suci,” seru Menteri Agama.

Penonton boleh menikmati rancangan istimewa ini di saluran TV AlHijrah, aplikasi AlHijrah Plus, media sosial rasmi, serta portal AlHijrah Online. Untuk maklumat lanjut, layari www.tvalhijrah.com.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago