Categories: BeritaTempatan

“Adakah ini bermakna nasyid sekarang sudah tidak berapa diperlukan?” – Halim Ahmad

Penyanyi dan komposer nasyid, Halim Ahmad, meluahkan perasaan mengenai perbezaan sambutan antara lagu baharu nasyid, zikir dan lagu arus perdana.

Dalam satu coretan yang dikongsikan di akaun Facebook, Halim mendedahkan yang beliau bereksperimen dengan menghasilkan dua karya berbeza; himpunan zikir sempena Ramadan yang dinamakan Zikir Ramadan dan satu lagi lagu baharu yang bertajuk Dengan IzinMu.

Kedua-dua lagu ini dimuatnaik di saluran Youtube Neurotic Studio milik Halim.

“Zikir Ramadan, hanya rakam suara dan sedikit editing, cuma duduk di rumah, dalam masa sehari (dimuatnaik) sudah mencapai 35 ribu views (tontonan),” ulas Halim.

“Manakala buat lagu baru, kos yang jauh lebih besar termasuk upah videographer, perlukan lebih masa juga termasuk shooting video klip, hanya mendapat 3,200 views sahaja walaupun sudah seminggu dilancarkan”

“Adakah ini bermakna nasyid sekarang sudah tidak berapa diperlukan?” soal Halim.

Halim turut membandingkan sambutan terhadap lagu-lagu artis mainstream yang dengan mudah meraih puluhan ribu tontonan dalam masa sehari, termasuk lagu-lagu raya yang baru dilancarkan.

Perkongsian Halim ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat nasyid, dengan ada yang berpendapat bahawa genre ini masih relevan tetapi memerlukan pendekatan promosi yang lebih strategik di era digital.

Apapun, Halim tetap optimis dalam berkarya dan percaya bahawa setiap usaha dalam muzik nasyid mempunyai nilai tersendiri, bukan sekadar angka tontonan.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago