Laman Web Maher Zain Berwajah Baru – Versi Beta

Artis antarabangsa kelahiran Sweden, Maher Zain telah melancarkan laman web baharu beliau versi beta di www.maherzain.com.

Maher Zain, 33 tahun, sebelum ini pernah menggunakan alamat laman web yang sama untuk membawa para peminat ke laman Facebook rasmi beliau sebelum menggunakan domain tersebut untuk laman web beliau seperti yang diperlihatkan kepada umum pada hari ini.

Dengan paparan yang lebih mesra pengguna, mudah untuk diakses dan dihiasi dengan warna ceria, laman web Maher Zain versi beta ini bakal memberikan pengalaman baru buat peminat-peminat beliau seluruh dunia dalam melayari laman web versi beta.

Paparan penuh laman web maherzain.com versi beta.

Di laman web terbaru tersebut, Maher Zain turut menyediakan akses ke semua akaun rasmi media sosial beliau di Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan Google+ untuk kemudahan peminat-peminat beliau yang melayari laman web tersebut. Selain itu, Maher Zain juga tidak ketinggalan mempromosi video muzik terbaru beliau menerusi kolum Videography. Beliau juga ada menyediakan link untuk peminat-peminat membeli produk-produk terbitan Awakening Records.

Kepada peminat Maher Zain, jangan lepaskan peluang untuk melayari laman web terbaru Maher Zain dan nyatakan pendapat anda terhadap laman web tersebut kepada kami di ruangan komen dibawah ini ok?

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago