Categories: BeritaTempatan

Lepas ‘cover’ Lagu Aina Abdul, Adik Iman Darwisy Muncul Dengan Album Solo Pertama, “Assalamualaikum”

Bintang muda berbakat, Iman Darwisy atau nama sebenarnya Nur Iman Darwisy, 14, menempa nama dalam industri hiburan dengan pelancaran album solo pertamanya yang bertajuk Assalamualaikum.

Album ini menampilkan empat buah lagu, termasuk tiga lagu baharu ciptaan sepenuhnya oleh komposer nasyid terkenal Jef Hazimin, yang sebelum ini mencipta lagu seperti Keluarga Bahagia, Akrab Persahabatan, dan Bulan Bintang.

Turut dimuatkan ialah sebuah lagu cover istimewa, Selamat Tinggal Ibuku, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Saujana.

Iman Darwisy, yang merupakan finalis Bintang RTM 2023, aktif berkongsi nyanyiannya di TikTok dan pernah diberi peluang menyanyi lagu hits Aina Abdul, Jangan Mati Rasa Itu di Aina Abdul Imaji Tour tahun lalu dan kini diberi peluang oleh Inteam Records untuk merakamkan album nasyid kanak-kanak.

Menariknya, proses rakaman bagi tiga lagu dalam album ini hanya mengambil masa sehari, menunjukkan kecekapan dan bakat luar biasa penyanyi muda ini.

Sementara itu, lagu Selamat Tinggal Ibuku pula dirakam dengan bimbingan Syah Inteam, memastikan penyampaian yang penuh emosi dan menyentuh hati.

Para peminat boleh menyaksikan muzik video rasmi ‘Assalamualaikum’ yang telah dilancarkan pada hari ini di YouTube Inteam Kids, manakala keseluruhan album boleh mula didengarkan pada hari yang sama di semua platform digital.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati karya terbaru daripada bintang nasyid muda ini!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago