Categories: BeritaTempatan

“Ada scene minum air basuhan kaki!” – Bidaah Bongkar Isu Ajaran Sesat

Bidaah, drama bersiri yang bakal mencetuskan fenomena, akan menemui penonton secara eksklusif di platform penstriman Viu bermula 9 Mac 2025.

Drama yang diterbitkan oleh syarikat Rumah Karya Cinta Sdn Bhd ini mengetengahkan isu ajaran sesat—topik yang semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Dengan jalan cerita penuh debaran dan misteri, Bidaah menjanjikan pengalaman tontonan yang mencabar pemikiran dan emosi.

Diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh penerbit tersohor Erma Fatima, drama ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Vanida Imran, Hasnul Rahmat, serta ramai lagi.

Barisan pelakon yang mantap ini pastinya akan menghidupkan watak-watak dalam kisah yang sarat dengan pengajaran dan realiti kehidupan.

Terdapat beberapa adegan yang kontroversi antaranya adegan minum air basuhan kaki ketua, kefanatikan melampau pengikut terhadap ketua dan banyak lagi.

Menambahkan lagi keunikan drama ini, lagu “Masa” nyanyian Daqmie telah dipilih sebagai runut bunyi rasmi.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Daqmie, dengan lirik ditulis oleh Hudzaifah Ibnu Sam. Diterbitkan oleh Daqmie Music Factory, lagu ini turut diedarkan dengan kerjasama Sony Music Malaysia dan Arteffects Media.

Dengan melodi yang mendalam dan lirik penuh makna, “Masa” dijangka akan memberi impak emosi yang lebih kuat dalam perjalanan cerita Bidaah.

Viu, sebagai platform penstriman pilihan, sekali lagi membawakan kandungan berkualiti tinggi yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi kesedaran kepada masyarakat.

Dengan tarikh tayangan yang semakin hampir, Bidaah dijangka menjadi bualan ramai sebaik sahaja mula bersiaran.

Jangan lupa untuk menyaksikan Bidaah di Viu bermula 9 Mac 2025, dan rasai kehangatan kisah penuh kejutan ini, diiringi alunan indah lagu “Masa” oleh Daqmie.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago