Categories: InternationalKonsert

MZ di Malam Amal Setulus Kasih

Figura hebat nasyid dari Sweden, Maher Zain dijangka akan kembali ke Malaysia lagi pada hujung Disember ini. Walau bagaimanapun, kedatangan beliau kali ini bukanlah atas sebab untuk membikin konsert berskala besar seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kedatangan penyanyi yang popular dengan lagu Insyaallah ini adalah bagi membuat satu persembahan amal anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ. Apa yang menarik, persembahan yang akan dibuat bertempat di The Summit Hotel, USJ akan diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai 26, 27, dan 28 Disember 2010.

Dalam satu kenyataan yang  diterima pihak Munsyeed.com, tujuan persembahan amal ini adalah untuk membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) mengumpul dana untuk mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa untuk para penghuninya. Ini kerana mereka terpaksa berhimpit di sebuah rumah sahaja selepas diarahkan keluar daripada rumah lain yang sudah diduduki hampir 13 tahun.

Atas dasar itu, pihak penganjur bekerjasama untuk mengambil inisiatif bagi menganjurkan konsert amal tersebut. Menurut pihak pengajur lagi, mereka amat berharap agar dapat mengutip sumbangan daripada individu hasil daripada penganjuran konsert amal, selain berhibur dengan lagu-lagu indah daripada Maher Zain.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM 200, RM 300, RM500 dan RM1000. Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi : (Muslim Aid) 03-2288 1996

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago