Categories: BeritaInternational

Maher Zain Top 10 Trending Youtube Malaysia 2012

Maher Zain dalam MTV Number One For Me

Video muzik Number One For Me nyanyian Maher Zain dikategorikan antara 10 video yang menjadi trending paling tinggi di Youtube Malaysia bagi tahun 2012. Senarai 10 video trending paling tinggi Youtube Malaysia ini dikeluarkan oleh pihak Youtube sendiri di saluran Youtube Rewind 2012.

Video yang mempunyai jumlah tontonan melebihi 12 juta tontonan ini menjadi antara video paling trending di Malaysia sejak ia mula disiarkan di saluran Awakening Records. Umum mengetahui Maher Zain mempunyai peminat paling ramai di Malaysia dan populariti Maher Zain terserlah dengan beberapa siri konsert mega yang berjaya diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

Maher Zain

Untuk makluman, video Number One For Me telah dilancarkan pada Mac 2012, sebelum pelancaran album penuh kedua Maher Zain berjudul Forgive Me.

Selain video Number One For Me, beberapa video turut disenarikan dalam kategori Video Trending Teratas Malaysia. Antaranya:

  • Gangnam Style – PSY
  • Untuk Dia – Sleeq & Najwa Latif
  • Fantastic Baby – Bigbang
  • Orang Sabah Style
  • Muara Hati – Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz
  • Upin & Upin 2012 (Season 6) -Tangkap Dia
  • dan lain-lain.
Untuk senarai penuh Video Trending Teratas Malaysia 2012, klik disini: Video Trending Teratas Malaysia 2012.

Syabas diucapkan kepada Maher Zain, Awakening Records, Inteam Records Sdn Bhd, Maher Zain Malaysia Fan Club dan semua peminat Maher Zain di Malaysia. Tidak dilupakan, tahniah juga buat semua yang tersenarai dalam Video Trending Teratas Malaysia 2012.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago