Categories: BeritaTempatan

Penulis Lirik Teman Sejati Meninggal Dunia

Allahyarham Ustaz Zahidin Mahmood

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Penulis lirik lagu Teman Sejati, Ustaz Zahidin Mahmood, 55 tahun, telah meninggal dunia semalam, Sabtu, 15 Disember 2012 di Kelantan. Menurut Abdullah Faiz (Brothers), allahyarham telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Allahyarham Ustaz Zahidin Mahmood pernah menjalani pembedahan By Pass jantung di HUSM Kubang Kerian Kelantan pada 7 Ogos 2012. Selepas pembedahan, beliau dilaporkan stabil dan kembali menjalani rutin harian seperti biasa.

Namun, kuasa ALLAH SWT mengatasi segalanya. Sesungguhnya ajal itu satu ketentuan yang telah ditetapkan. Selaku manusia, kita berusaha sebaik mungkin dan selebihnya ALLAH SWT yang menentukan.

Jenazah Allahyarham Ustaz Zahidin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jerteh, Terengganu selepas solat Isyak semalam. Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Ustaz Zahidin Mahmood dan seluruh warga jemaah ABIM atas kehilangan seorang murabbi yang terbilang ini.

Allahyarham Ustaz Zahidin bersama kumpulan Brothers di awal kemunculan Brothers

Untuk makluman semua, selain memberi sumbangan dalam bidang dakwah seni hiburan melalui lagu Teman Sejati, allahyarham merupakan aktivis ABIM Negeri Kelantan yang aktif menjalankan aktiviti dakwah dan latihan motivasi di sekitar negeri pantai timur.

Munsyeed{Dot}Com berdoa semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan hamba-hamba ALLAH SWT yang soleh dan bertaqwa. Doa dan Al-Fatihah.

-Munsyeed{Dot}Com

Sumber: ABIM & Faiz Brothers.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago