Categories: BeritaTempatanTerkini

Saujana Terkilan Dengan Stesen Radio?

showsearch=0

 

Lagu Penerang Hati nyanyian kumpulan Sixth Sense feat Saujana sudah menjadi siulan ramai peminat sejak lagu ini dimainkan di radio, televisyen dan media sosial. Dengan lebih 1 juta tontonan di laman Youtube, lagu Penerang Hati boleh dikategorikan sebagai antara lagu paling popular 2012.

Pun begitu, kami dapati sesetengah stesen radio tidak menyebut nama Saujana apabila memutarkan lagu popular ini. Memang diakui lagu ini dinyanyikan kumpulan Sixth Sense tetapi lagu ini turut menampilkan vokal kumpulan Saujana sebagai featuring. Sepatutnya, nama Sixth Sense dan Saujana turut disebut apabila lagu Penerang hati dimainkan di stesen radio.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran video klip Bebas Palestin di Kuala Lumpur, Saujana akui ada sesetengah stesen radio yang tidak menyebut nama Saujana ketika lagu Penerang Hati dimainkan. Namun, menurut Suffian Amrin, selaku ketua kumpulan Saujana, mereka tidak berkecil hati, jauh lagi terkilan dengan situasi tersebut.

“Saujana tidak berkecil hati apabila segelintir deejay tidak menyebut nama kami (untuk lagu Penerang Hati). Cukup apabila peminat tahu yang kami turut menyanyikan lagu ini bersama Sixth Sense. Cuma kami berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.” ulas Suffian sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Suffian turut berkongsi berita mengenai album terbaru Saujana.

Saujana di lokasi penggambaran video muzik Bebas Palestin

[blockquote right=”pull-right”]”Alhamdulillah, kami sekarang dalam proses mengumpulkan bahan untuk album terbaru. Kami juga terlibat dengan rakaman video klip Bebas Palestin yang menampilkan gandingan Saujana bersama Rabbani, Inteam dan Nowseeheart dengan produksi TheVideographerz International”[/blockquote]

“Selain itu, kami juga sibuk memenuhi jemputan persembahan dan yang terkini, Saujana akan membuat persembahan di Konsert Palestin anjuran TV Alhijrah yang akan berlangsung pada 23 Disember 2012 ini. Sebarang info terbaru kami akan kemaskini di laman Facebook kami di www.facebook.com/SaujanaFB.” jelas Suffian.

Tahniah diucapkan kepada Saujana. Semoga Saujana semakin maju dan melakar kegemilangan dalam industri muzik Malaysia dan dunia.

– Munsyeed{Dot}Com

 

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago