Nasyeed.Com Anjur Konsert Bergerak Palestin

Projek Palestin Siri 1

Sempena Pop Fest Save Gaza, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd (Nasyeed.Com) dengan kerjasama SA Kargo dan Alfarabi Band akan menganjurkan showcase bergerak demi Palestin yang diberi nama Projek Palestin.

Projek Palestin akan melibatkan gabungan artis ternama dan baru di beberapa lokasi terpilih yang akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk lokasi pertama, pihak penganjur membariskan Ramli Sarip, Dak Mie, Mestica, Mu’adz Dzulkefly, Alfarabi Band dan kumpulan Sahabat.

Butiran program adalah seperti berikut:

  • Ahad, 23 Disember 2012
  • Jam 9.00 malam
  • Bertempat di Tempat Letak Kenderaan Bersebelahan Pintu 2, UiTM Seksyen 7, Shah Alam.

Lori Trak yang bakal dijadikan pentas bergerak showcase ini. Tajaan SA Kargo.

Menariknya, menurut wakil Nasyeed.Com, showcase ini bakal menampilkan kelainan dengan kemunculan sebuah lori trak muatan besar yang bakal diubahsuai menjadi pentas bergerak bagi tujuan konsert ini. Lori trak ini merupakan tajaan rasmi dari SA Kargo untuk Projek Palestin ini.

Kepada mereka yang berada di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam, bolehlah luangkan masa hujung minggu anda untuk ke showcase amal ini. Sambil berhibur, kita berbuat amal demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat kelak, inshaALLAH.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago