Artis Popular Hadir Pelancaran Tabung Gaza

Tragedi demi tragedi yang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin sememangnya menyentak hati kebanyakan rakyat negara ini, yang sedari dulu begitu prihatin terhadap nasib rakyat negara itu diperlakukan dengan kejam oleh tentera Israel sejak sekian lama.

Ternyata, kejadian terbaru yang berlaku kurang dari sebulan dan meragut banyak nyawa tidak berdosa itu mendapat perhatian ramai pihak, termasuk golongan artis dan agensi korporat tempatan yang bersama-sama berganding bahu mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa.

Artis syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Rumpun Records juga tidak ketinggalan menghulur tangan, bekerjasama dengan golongan peniaga di pusat perniagaan Kompleks PKNS, Shah Alam, bagi menyalur bantuan menerusi syarikat Aqsa Syarif Berhad yang tanpa henti memberi bantuan kemanusiaan di sana.

Pakatan ini turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) Raudhatus Sakinah dan portal hiburan Gila Muzik yang boleh dilayari menerusi laman sesawang www.gilamuzik.com.

Antara artis popular yang terlibat termasuk band pimpinan Andy Flop Poppy iaitu The Malayan, 6ixth Sense, GX4 dan Pretty Ugly, selain pendatang baru seperti Wanna Ali, S.O.G, Harris Alif, Jes Ebrahim Khadijah Cooke dan Skala Richter.

Butiran program adalah seperti berikut:

  • Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza Dec 2012.
  • Tarikh: 9 Disember 2012, Ahad
  • Masa: 2 petang
  • Tempat: Kompleks PKNS, Shah Alam.

Antara aktiviti yang dijalankan bagi mengumpul dana itu termasuk jualan kemeja T dan poster, sesi ramah mesra dan bergambar dengan artis berkenaan dan persembahan istimewa bagi menarik minat orang ramai member sumbangan.

Tabung derma juga akan mula diedar di seluruh kawasan pusat komersial Kompleks PKNS, malah artis terbabit turut mengadakan sesi kutipan bersama tabung khas yang bakal disediakan pihak penganjur demi mendapat jumlah semaksimum mungkin.

Sesuai dengan moto Aqsa Syarif ‘Memperkasa Ummah Membebaskan Al- Aqsa’, pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza Disember 2012 ini dianggap sebagai salah satu program komuniti yang wajar disertai dan disokong semua pihak.

Kepada pihak yang mungkin berminat untuk menyertai usaha ini bolehlah menghubungi En. Kamal Kasim  menerusi talian 012 – 315 3988 atau e-mel hjkamalkasim@gmail.com  untuk maklumat lanjut.

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago