Categories: BeritaTempatanTerkini

UNIC Records Perkenal UNIC Junior

UNIC Jr

Penyertaan Muhammad Amirul Munir Azlin (10 tahun) dalam rancangan realiti TV Adik-Adikku musim ke-2 yang bersiaran di TV1 nyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya muncul sebagai juara pertandingan tersebut. Rancangan realiti yang telah pun melabuhkan tirainya lebih setahun lalu berjaya mencungkil bakat kanak–kanak untuk menjadi seorang pendakwah dan pemidato terunggul masakini. Selain adik Munir, dua orang finalis rancangan tersebut, Zaid Najmudin Zul Akmal (12 tahun) dan Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin (12 tahun) turut berjaya mencuri tumpuan juri apabila di nobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dan penerima hadiah saguhati.

Penglibatan ketiga-tiga mereka dalam rancangan tersebut telah berjaya menarik perhatian kumpulan nasyid popular negara, UNIC, lantas menyunting mereka untuk di jadikan artis rakaman di bawah label anak syarikatnya UNIC Records. UNIC Records bertanggungjawab mengurus dan memantau aktiviti ketiga–tiga qari muda ini termasuklah semua promosi berkaitan mereka.

Terkini, trio qari cilik ini bakal tampil dalam sebuah album yang akan menyajikan para pendengar dengan alunan merdu bacaan ayat–ayat suci al–Quran, lenggok berqasidah serta melodi nasyid susunan ahli kumpulan UNIC sendiri. Pembikinan album kini kian rancak dilakukan di studio milik UNIC yang beroperasi di Prima Sri Gombak.

Album yang akan mempertaruhkan vokal mantap ketiga–tiga bakat muda ini sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutamanya ibubapa, kerana ianya boleh dijadikan sebagai salah satu bahan pelengkap pembelajaran anak-anak mereka. Selain itu, album ini juga dapat memupuk generasi al–Quran secara berterusan di kalangan kanak–kanak, remaja mahupun golongan dewasa.

Selain itu, karisma dan kebolehan yang ditonjolkan oleh ketiga – tiga qari kecil ini dalam berdakwah dan mengalunkan bacaan al–Quran dalam album ini, diharap dapat memberi manfaat serta kebaikan kepada segenap lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak. Di samping itu juga, penampilan mereka bertiga dalam industri hiburan nasyid tanahair hari ini boleh diumpamakan sebagai UNIC Junior.

Bacaan Muqaddam – Adik Salam

Terdahulu, UNIC Records juga telah melamar adik Salam untuk merakamkan album Bacaan Muqaddam yang kini albumnya sudah berada di pasaran sejak Julai 2012 lalu. Album ini memuatkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran lontaran vokal solo adik Salam yang cukup mendayu-dayu. Bacaan yang dipersembahakan cukup mantap dan matang walaupun beliau hanya baru berusia 12 tahun.

Apa pun, nantikan kemunculan album trio qari cilik terbitan UNIC Records ini di pasaran tidak lama lagi.

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago