Categories: BeritaTempatan

Matluthfi Ungguli Shout! Aloud Award, 2 Tahun Berturut-Turut

Vlogger terkenal; Matluthfi sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Shout! Aloud Award di Anugerah Shout 2013 anjuran 8TV.

Matluthfi atau nama sebenar beliau Muhammad Luthfi Bin Rohime berjaya mengungguli kategori tersebut apabila mendapat undian tertinggi daripada para peminat mengatasi 5 pencabar lain yang tidak kurang hebatnya. Ini merupakan kali kedua Matluthfi memenangi anugerah ini selepas kali pertama dinobatkan pada tahun lepas.

Sumber: Shout Award 2013

Selain Matluthfi, 5 finalis akhir bagi kategori ini ialah IniAnwarHadi, JinnyBoyTV, Kyopropaganda, Pete Teo Television dan The WKD. Walaubagaimanapun, pihak kami difahamkan, Matluthfi tidak dapat hadir ke majlis anugerah tersebut kerana beliau tidak berada di Malaysia sewaktu majlis anuegrah berlangsung. Beliau kini berada di Australia untuk menyambung pengajian.

Kemenangan ini melengkapkan lagi pencapaian peribadi Matluthfi sebagai vlogger terkenal Malaysia. Umum mengetahui yang video-video yang dimuat naik oleh Matluthfi menerusi saluran Matluthfi90 sering mendapat perhatian ramai terutama remaja. Bukan sekadar hiburan, Matluthfi bijak menyusun kata dan menyelitkan teguran dan nasihat berguna kepada penonton-penonton video beliau. Pun begitu, elemen humor dalam video beliau menjadikan mesej yang ingin disampaikan beliau ringan dan tidak terlalu berat untuk diterima oleh penonton.

Syabas diucapkan kepada Matluthfi atas kejayaan ini. Tidak ketinggalan, semua finalis yang berjaya menempatkan diri dalam senarai finalis akhir bagi kategori Shout! Aloud Award bagi tahun ini.

– Munsyeed Dot Com

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago