Categories: Terkini

Menjunjung Seni Budaya Kita

*Gambar Hiasan*

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera… Salam Wahdatul Ummah.

Saya sememangnya cukup berminat mendengar muzik-muzik tradisional Melayu. Bait-bait kata, dan melodi lagu serta muziknya cukup untuk menggambarkan bahawa bumi Malaysia ini cukup kaya dengan seni muzik tradisional yang mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

Zapin, Inang, Ghazal, Joget, dikir barat antara sub-genre yang melatari muzik tradisional. Malah, banyak lagi khazanah irama yang diwarisi sejak turun temurun. Nama-nama seperti Hamzah Dolmat, Fadzil Ahmad dan beberapa lagi juga adalah antara penggiat yang memartabatkan muzik tradisi ini.

Saya sendiri terpegun melihat sebuah show di Pekan Baru, Indonesia. Anak-anak muda belasan tahun sudah diajar bermain muzik tradisional. Manakala liriknya banyak berunsur  ketuhanan, dan nasihat menasihati.

Penasyid pun apa kurangnya. Ramai penasyid  yang cuba menyelitkan elemen-elemen muzik tradisional di dalam lagu mereka. Antara yang giat dalam usaha ini adalah Hijjaz, Inteam dan beberapa nama  lagi.

Cuma, saya masih belum melihat sebuah album nasyid yang betul-betul mengetengahkan irama tradisional Melayu secara keseluruhannya. Jika ada pun, masih dibayangi irama padang pasir atau pop kotemporari yang ringan.

Saya membangkitkan perkara ini kerana memang terdapat hubung kaitnya. Bukankah muzik tradisi itu banyak yang menyelitkan unsur nasihat dan teladan. Maka saya kira, mungkin lebih molek bukan kalau penasyid lebih mengenegahkan muzik asli ini, sesuai dengan lirik berbait dakwah dan nasihat.

Bukanlah niat saya untuk menafikan muzik berteraskan pop dan irama padang pasir yang sering menjadi pilihan para penasyid kini. Namun, seharusnya kita mengambil inisiatif untuk terus memastikan muzik tradisional ini terus wujud.

Tidak rugi mencuba. Saya sendiri mahu melihat agar muzik nasyid di Malaysia berakar tunjangkan irama-irama asli yang sememangnya menjadi khazanah seni budaya kita. Kalau penasyid arab boleh berbangga dengan irama padang pasir, dan penasyid Eropah berpaksi dengan muzik pop, mengapa tidak kita menjunjung seni budaya kita?

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago