Berita

TV AL-Hijrah Medium Terbaik Sebar Keindahan Islam

Konsep Agama Islam sebagai wadah menyeru perpaduan, perdamaian, tamadun ilmu dan dunia yg sejahtera. Bahkan, Islam sendiri bermaksud selamat, bersih, menyeru kepada kebaikan dan saling nasihat-menasihati. Justeru, sebuah stesen TV Islamik percuma, TV Al-Hijrah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak malam ini adalah diharap mampu mjadi dimensi baru kepada penonton yang mahukan kelainan .

Berucap pada Majlis Pelancaran TV Al-Hijrah yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, Najib berkata ia seiring denganperkembangan teknologi video selepas kejayaan teknologi audio, video dan internet yang merubah kerangka pemikiran dan peradaban manusia.

“Namun ramai yang menggunakan teknologi tersebut secara salah, lantas ia menjadi alat propaganda dan memburukkan lagi agama sehingga tercetusnya Islamophobia.” Tambahnya lagi, umat islam seharusnya betindak meperkenalkan Islam yg betul.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa agar media menjadi medium penting untuk memperbetulkan persepsi yang salah terhadap Islam, dan memperlihatkan keindahan nilai-nilai murni Islam secara kemas dan tersusun. Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terbabit dalam menjayakan pembukaan TV Al-Hijrah.

Beliau turut optimis bahawa TV Al-Hijrah boleh berjaya, memainkan peranan besar untuk menyebarkan Islam dengan menerap pengajaran Islam yang sebenar. Dalam masa yang sama ia juga boleh membantu golongan bukan muslim menghilangkan prejudis terhadap islam.

Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Stesen TV Al-Hijrah di Kompleks Pusat Islam dengan melakukan gimik memanah ke arah logo TV Al-Hijrah. Majlis gilang gemilang itu turut diserikan dengan ramai artis-artis nasyid terkemuka tanah air terrmasuk Munif Hijjaz, Inteam, UNIC dan turut disertai oleh artis arus perdana tempatan yang lain termasuk Hujan, VE dan Ruffedge – MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago