Categories: BeritaTempatan

Menteri Lancar Logo Korporat JAKIM

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom telah melancarkan Logo Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Auditorium Kompleks D, Putrajaya. Pelancaran Logo Korporat JAKIM ini telah diadakan bersempena Majlis Penyampaian Amanat Menteri bagi tahun 2014.

Majlis Pelancaran Logo ini turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman Bin Mustafa.

Logo korporat ini merupakan logo korporat pertama JAKIM setelah 45 tahun ditubuhkan.

Pada majlis yang sama, Dato’ Seri Jamil Khir juga turut menyampaikan hadiah pemenang kepada kontinjen perarakan maulidur rasul 1435H yang diadakan baru-baru ini. Sebanyak 7 kategori pemenang telah diumumkan dan johan keseluruhan telah dimenangi oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Mari kita lihat logo korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru sahaja dilancarkan semalam.

Logo Korporat JAKIM

 – Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago